Baru lepas tonton muzik video lagu terbaru Waris tajuk Artifisial. Waris kali ni rap guna rentak old skool gaya bay area. Tak perlu pikir dalam-dalam pun lagu tu pasal apa. Nampak jelas Waris diss si Ben Ladin.

Banyak sangat klue yang ada. Lirik banyak jenis senior mengata junior, orang tua mengata budak-budak, dan cakap ‘kau ni poseur je’.

Antaranya dalam korus ada tulis, “Hip hop naik carta baru keluar material”. Ben Laden keluar masa awal tahun. Kiranya Ben Ladin keluar semasa hip hop sudah ramai peminat. Lirik lagu Hikayat Ben Ladin (yang ditulis Malique) pula terang-terang diss Altimet.

Sebelum itu Altimet diss Malique melalui lagu ‘Mambang’. Malique balas dengan menghantar Kmy Kmo yang nyanyi lagu Gong Nekara. Lagu Artifisial sudah 7 atau 8 bulan ada sebenarnya. Waris pernah perform sekali dalam Konsert 16 Baris. Waris buat untuk diss rappers yang baru timbul. Cuma kebetulan isu Ben Ladin diss Altimet naik sekarang, maka Waris guna lagu tu untuk diss Ben Ladin.

Benda ini adalah benda biasa dalam budaya hip-hop.

BACA: Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara

Di peringkat antarabangsa, bulan lepas Eminem ada lancarkan album Kamikaze. Dalam album itu Eminem diss ramai artis hip hop baru yang bawa rentak mumble rap . Sebabnya? Mumble rap ini buat rosak hip hop sahaja.

Machine Gun Kelly (yang ada dalam video Camila Cabello) rappers generasi baru keluarkan single ‘Rap Devil’ untuk diss Eminem. Saja dia letak tajuk Rap Devil sebab nak ‘menganjing’ lagu Rap God. Eminem kembali balas melalui lagu Killshot. MGK tak balas-balas dah. Senyap terus.

Benda ini normal. Selalu sangat boleh nampak kalau anda follow scene hip hop. Kalau dahulu, boleh tengok Tupac vs Big, Dr Dre vs Eazy E, NWA vs Ice Cube, 50 Cent vs Ja Rule, etc.

Tapi yang famous semestinya si Eminem vs everyone. Semua orang dia nak diss. Diss track dia pulak banyak yang kelakar. Paling seronok dengar masa Eminem beef dengan Ja Rule. Ja Rule kata dia reincarnation of Tupac. Eminem cakap itu disgrace kepada Tupac.

Hasilnya, ada 3 diss track Eminem buat. Dua daripadanya ialah lagu popular Tupac yang Eminem rakam kembali dengan lirik dia sendiri iaitu lagu ‘Hail Mary’ dan ‘California Love’. Lagi satu lagu Doe Rae Me (Hailie’s Revenge) sebab Ja Rule ada petik nama anak Eminem.

Itu tak termasuk lagi yang Eminem buat lagu khas untuk Michael Jackson. Kiranya 5 album pertama Eminem banyak mengata orang sahaja. Sampai album Recovery, dia berhenti sebab dia nampak diri dia sudah macam haters pula.

Aku pernah lihat temubual DJ Naz (THR FM) dengan Joe Flizzow. Secara positif, Joe Flizzow cakap bila rappers diss rappers lain, maknanya itu satu perkembangan yang baik. Pendengar dah mula kaji lirik lagu mereka.

Lagu rap kekuatannya adalah pada lirik. Jadi kalau seorang rappers mampu buat track sama ada dalam bentuk diss atau balasan, itu tandanya rappers itu bijak. Kebolehan menggunakan perkataan ini tak semua orang ada.

Bagi orang yang jenis dengar lagu sekadar hendak happy-happy mungkin tak suka dengan perkara ini. Nampak macam bergaduh. Tapi itulah beza orang yang tahu pop culture dengan orang yang tak tahu.

Cuma yang kurangnya dalam industri kita tak ramai artis hip hop. Zaman dahulu masa kecil kita ada KRU, Nico, Too Phat, Poetic Ammo, dan Teh Tarik Crew. Lepas itu Phlowthron join scene. Noh Hujan pun sempat join scene bersama M.I.X.

Lepas itu ada pula Ahli Fiqir. Ini nama yang mainstream lah. Yang underground aku tak kenal sebab tak cukup hipster. Dengar XFresh FM, ada lagi rappers lain yang ikut masuk scene. Misalnya Shazzy yang famous dengan lagu Kenapa.

Sekarang sudah 2018, rappers mainstream tinggallah pecahan daripada Too Phat iaitu Malique & Joe Flizzow, serpihan Teh Tarik Crew iaitu Altimet, serta serpihan Poetic Ammo iaitu Point Blanc dan Yogi B. Ini dimeriahkan lagi dengan anak didik Malique iaitu Benzoloo, Kmy Kmo, Ben Laden, dan Luca Sickta.

Zizi Kirana tu kalau tak silap dari Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish. Then ada Waris, Caprice, Salammusik, Sonaone dan ramai lagi. Ini dibantu pula dengan DJ Fuzz yang sentiasa buat beat dan sampling best menerusi label dan channel Mixology. Yang terbaru ini aku tengok nama Yung Raja tengah naik dengan lagu Mustapha. Lagi sorang Aman Ra dengan lagu Bangun dan Cabang Tiga (OST Paskal).

Kalau setiap rappers mainstream ini pakat keluarkan diss track, macam mana entah. Apa pun, terima kasih dekat Altimet sebab berani buat langkah mula.

Okaylah. Banyak pulak aku melalut. Sebenarnya nak kabor lagu Artifisial tu mantap betul. Kalau Ben Laden dengar boleh tercirit. Ingat Waris ni rapper cap ayam agaknya. Sekali dia masuk scene dissing baru ada akal.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →
Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Zailee. Seorang peminat muzik yang sukakan melodi dan lirik indah. Boleh ikuti beliau di sini.