Berita baik buat peminat rangkaian makanan segera iaitu A&W dimana syarikat ini bakal menambah 10 hingga 12 cawangan baru menjelang tahun hadapan.

Berdasarkan pelan yang diumumkan A&W Malaysia, syarikat ini komited untuk membuka tujuh cawangan beserta khidmat pandu lalu seawal tahun ini. Antara lokasi yang menjadi sasaran A&W Malaysia adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan juga Pulau Pinang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber: Octane Heads

Keputusan untuk melebarkan rangkaian cawangan A&W Malaysia ini dibuat setelah rangakaian ini dibeli oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd dengan nilai sekitar RM34 juta.

Setakat ini, A&W sudahpun mempunyai 41 cawangan diseluruh Malaysia dengan jumlah pekerja sebanyak 500 orang. Selain itu, rangkaian ini dikatakan sedia untuk menawarkan promosi dan menu terbaru buat para pelanggan tidak lama lagi. Kami yakin ini pastinya bakal menjadi berita gembira buat peminat root beer ikonik A&W.

Sumber