Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Puan Fazeila Isa, seorang pensyarah dan Occupational Therapist di UPSI, serta ibu kepada seorang bayi bernama Amir Rayyan. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkongsi nota ini di The Vocket. Semoga nota ini memberi inspirasi kepada ayah-ayah di luar sana.

Ayah-Ayah Adalah Pencetus Imaginasi Anak-anak

Itulah hasil dapatan kajian terbaru daripada Harvard University.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Apabila si ayah membacakan cerita kepada anak-anak, soalan-soalan yang dicetuskan mereka lebih mendorong ke arah imaginasi sifatnya.

ayah-kreatif-01
Fazeila Isa

Berbanding si ibu, soalan-soalan mereka lebih bersifat fakta.

Contoh soalan dari si ayah:

Haa… bayangkan rumah kita seperti rumah watak ini.

Contoh soalan dari si ibu:

Nampak tak kucing dalam gambar ini? Cuba bilang ada berapa.

Sebenarnya, kedua-duanya sama penting.

ayah-kreatif-02
Fazeila Isa

Soalan-soalan berbentuk imaginatif dan aras tinggi penting untuk pupuk kreativiti dan pemikiran kritis.

Manakala soalan-soalan berbentuk fakta itu tadi juga penting dalam memperkukuhkan kemahiran asas akademik dan kosa kata.

Dalam kes Amir Rayyan ayahnya pada mula kekok mahu bacakan buku kepada Amir Rayyan. Namun, ibunya tetap terus beri dorongan kepada si ayah kerana dengan sentiasa bacakan cerita, skil membaca akan dapat ditingkatkan dari sehari ke sehari.

Itulah yang berlaku pada ayah Amir Rayyan. Daripada 'keras' bacaannya, kini lebih hidup dan kaya dengan intonasi.

Saya juga dapati, sememangnya soalan-soalan yang dicetuskan oleh si ayah memang di luar jangka. Tafsirannya terhadap ilustrasi cerita juga amat menarik.

ayah-kreatif-03
Fazeila Isa

'Eh, bukankah Amir Rayyan tu bayi lagi. Cakap pun belum boleh lagi! Bagaimana boleh tanya soalan pula?'

Tiada masalah.

Tanyakan sahaja.

Kemudian, 'pause' sebentar. Seterusnya, kita jawab dengan nyatakan, "Ayah fikir dia jadi begitu sebab…"

Tujuan 'pause' itu untuk latih mereka beri respon kepada kita. Seperti kes Amir Rayyan responnya adalah berbentuk senyuman, ketawa, hasilkan bunyi ma ma ma tatatata dadadada.. pukul-pukul, pijak dan macam-macam lagi.

Ulang kembali jawapan mereka dengan mengulas semula respon mereka. Contohnya, "Oh… Amir Rayyan suka singa ya (Amir Rayyan sedang menepuk-nepuk ilustrasi singa di buku)."

Itulah dia… antara cara mendorong anak berfikir aras tinggi melalui aktiviti bercerita menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak.

Tajuk buku mengikut urutan foto:

  1. Where's Stripey oleh Wendy Binks
  2. Dr Bubbles oleh Iskandar Syah Ismail dan ilustrasinya oleh Latfy Anuar Latif
  3. The Lion and The Mouse oleh Jerry Pinkney

BACA: IQ Anak Tinggi Apabila Rapat Dengan Ayah. Apa Pendapat Anda?

BACA: Orang Kampung Kata Seorang Ayah Bodoh, Sehinggalah Anaknya Menemui Ini Ketika Dewasa

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka