Selepas drama bersiri Cinta Si Wedding Planner, nama Mira Filzah semakin menjadi sebutan ramai terutama lakonannya bersama Adi Putra yang tidak melibatkan sentuhan untuk menggambarkan perhubungan suami isteri di dalam drama itu. Kini, Mira Filzah sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘Ketupat Palas Mr Handsome’ untuk slot Lestary di TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 14 Januari 2016 yang lalu, saya telah memuatnaik satu video dari Youtube di Vocket TV dengan tajuk Peminat Cipta Lagu Khas Untuk Heroin Cinta Si Wedding Planner yang menampilkan lagu ciptaan Ayi Dizon. Waktu itu tidak banyak maklumat tentang Ayi Dizon, saya hanya tulis berdasarkan apa yang saya temui di Youtube dan Instagram.

Lagu Mira Filzah oleh Ayi Dizon. Pencipta lagu ini, Fadzril Asyraf atau Ayi Dizon mengakui pada salah satu komen di Youtube bahawa Mira Filzah telah mendengar lagu ini. Music video lagu ini pula dijangkakan akan release pada tahun 2016.

Sebulan kemudian, lagu ini disebut-sebut di media dengan menyatakan pencipta lagu ini adalah peminat fanatik Mira Filzah.

google search

mira filzah keratan akhbar

Malah, timbul pula haters yang tidak berpuas hati mengapa lagu ini diciptakan khas buat Mira Filzah, calon Anugerah Meletop Era 2016 bagi kategori Artis Baharu Meletop ini.

Instagram @mf_army
Instagram @mf_army

Berikutan itu, saya mencari dan menemubual Ayi Dizon mengenai ini. Ternyata ia satu lagi kisah inspirasi yang boleh dijadikan tauladan.

ayi dizon

Ramai mengenalinya dengan nama samaran Ayi Dizon di Youtube. Ayi Dizon itu adalah nama yang diberikan oleh kawan-kawannya sewaktu dia masih di sekolah menengah. Nama sebenarnya ialah Muhammad Fadzril Asyraf bin Inche Mohamed Sobri dan berusia 23 tahun.

Dia dilahirkan di Ipoh, Perak tetapi dibesarkan dan menetap di Kuala Lumpur. Kini, dia seorang mahasiswa di Kolej Polytech Mara Bangi dalam jurusan Bachelor of Arts (Honours) in Accounting and Finance.

Ayi Dizon, atau lebih mesra dipanggil Ayi menyatakan dia belajar mencipta muzik sendiri sejak umur 19 tahun melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi ‘Garage Band’. Dari hanya sekadar suka-suka main ‘Garage Band’, Ayi kini bakal muncul dengan lagu ‘Mira Filzah’ sebagai komposer dan penyanyi.

Awal ciptaan lagu tersebut, Mira Filzah menjadi sumber inspirasi kepada Ayi apabila dia memperolehi satu ilham ‘beat’ yang memerlukan lirik.

Saya buat lagu guna phone, then saya dapat produce satu beat ini. Untuk menjadikannya lagu, saya perlukan lirik dan pada masa tu, kira Mira Filzah ni one of my crush lah, sebab tu saya try gunakan beat tu untuk describe pasal dia.

Namun begitu, lirik lagu tersebut tidak diperolehi secara spontan, ia telah digarap oleh Ayi ketika menulisnya di atas kertas.

Ayi mula meminati Mira Filzah di Instagram sekitar akhir tahun 2014. Ayi hanya mengenalinya melalui Instagram sahaja walaupun ketika itu Mira sedang menjadi hos rancangan KLTV di Hypp TV.

Lagu ini dibuat pada bulan Februari 2015. Semasa menghasilkan lagu ini, Ayi tidak mensasarkan ia akan didengari oleh Mira. Apabila lagu ini siap selepas alami proses ‘raw’ selama seminggu dan tambah baik selama sebulan, Ayi telah menghantar fail lagu ini kepada Mira melalui email.

Ayi tidak menyangkakan Mira akan membalas emailnya. Mira begitu gembira dan menyukai lagu ini.

Dia cakap: “This is so good! I love it! The lyrics, melody, and everything. Dah macam Sona One I dengar. Haha. Thank you so much. I really love it. Do you mind if I post this on IG (Instagram)?”

Hal ini berlaku sewaktu Mira masih menjadi hos rancangan KLTV dan sedang menjalani pengambaran drama bersiri Eksperimen Cinta yang kini dicalonkan untuk Anugerah Drama Filem Kuala Lumpur 2016.

https://www.instagram.com/p/zFZUebivU4/

https://www.instagram.com/p/zFZqFEivVs/

Berkenaan dengan video muzik pula, ia adalah idea dari Mira Filzah sendiri. Setelah mereka berjumpa dan berbincang, Ayi dan Mira mencapai kata sepakat untuk menghasilkan video muzik ini.

https://www.instagram.com/p/8FByplAT_Y/

Menurut Ayi, akan terdapat beberapa perubahan sedikit dari segi lirik, beat dan melodi berbanding dengan versi asal. Dan sepatutnya video muzik yang dihasilkan dengan kerjasama 114studios ini dilancarkan pada Februari 2016 tetapi kerana penambahbaikan lagu menggunakan studio, insyaallah ia akan dikeluarkan pada bulan Mac 2016 ini.

Sebenarnya tak plan pun nak jadi famous ke apa. Tapi alhamdulillah mungkin ini rezeki saya. Buat masa ini, saya tidak ada apa-apa perancangan tetapi kalay ada apa-apa peluang selepas ini, saya akan buat yang terbaik.

Apabila ditanyakan kepada Ayi, adakah dia peminat fanatik Mira Filzah sepertimana yang telah digambarkan oleh media di tajuk-tajuk artikel, ini jawapan Ayi Dizon:

Takdelah fanatik. Peminat je kot, Saya suka tengok Mira Filzah, dan saya suka buat lagu. Itu je niat saya. Saya cuma nak tekankan yang saya takdelah fanatik seperti yang difikirkan.

Ternyata, Ayi hanya meraikan Mira Filzah melalui bakatnya mencipta lagu. Lirik lagu yang ditulis oleh Ayi jujur menggambarkan perasaan Ayi terhadap Mira pada waktu itu. Tambah Ayi lagi, Mira sememangnya lawa dan pandai berinteraksi dengan orang.

ayi dizon mira filzah

Macam mana nampak di gambar, macam tu lah depan-depan. Mira Filzah seorang yang ayu, cantik dan tak jemu untuk ditatap.

Sebelum sesi temubual berakhir, saya sempat berseloroh dengan Ayi berkenaan lagu ‘Friendzone’ ciptaannya selepas lagu ‘Mira Filzah’. Saya bertanya kepada Ayi adakah lagu ‘Friendzone’ dicipta selepas dia di-friendzone-kan oleh Mira. Ayi ketawa menidakkannya dan menyatakan ia adalah lagu tentang kisah hidupnya sebelum ini.

Saya doakan semoga Ayi Dizon dan Mira Filzah sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya. Amin.