Terima kasih kepada Tuan Hafiz Hilmi kerana sudi menyumbang artikel ini untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca Vocket. Semoga 2016 bakal menjadi saksi kepada kita semua untuk menjadi bangsa Malaysia yang lebih bertamadun. Anda boleh menyumbang penulisan anda di sini.

20 Azam Mudah Untuk Rakyat Malaysia Menjadi Bangsa Bertamadun

  1. Bila lampu isyarat bertukar warna kuning, berhenti.

    azam-01
    Image via Ohdunia.my

    Elakkan langgar lampu isyarat merah kerana anda tidak mampu membayar harga nyawa orang lain.

    Sebelum lampu isyarat bertukar hijau, bersedia untuk bergerak supaya orang di belakang sempat melepasi lampu hijau dan tak perlu melanggar lampu merah.

    Jangan terhegeh-hegeh dan leka bermain telefon, kerana anda tidak mampu membayar harga masa orang lain.

  2. Bagi signal sebelum masuk simpang, mengubah laluan atau memotong kenderaan lain, dan pastikan tidak ada bahaya (kereta lain, pejalan kaki, penunggang motorsikal) di sisi belakang sebelum mengambil tindakan membelok kenderaan.

    azam-02
    Image via Lelong.my

    Anda cuma perlukan kurang 2 saat untuk melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi.

  3. Jangan potong Q dan guna lorong kecemasan.

    azam-03
    Image via Zouldahanblog.blogspot.com

    Jika anda potong Q 40 kenderaan lain, anda mungkin mendapat 40 cacian dan doa keburukan.

    Jika anda tidak sabar di jalan raya, ada 100 orang lain yang tak mampu menahan sabar dengan anda.

  4. Jangan berhenti di petak kuning lampu isyarat.

    azam-04
    Image via Zafiranabilah.com

    Jika kereta di depan sudah penuh, berhenti sebelum petak kuning walaupun lampu isyarat masih hijau.

    Jika anda terus masuk ke petak kuning dan tiba-tiba lampu isyarat bertukar merah, kereta dari lorong lain tidak dapat bergerak.

  5. Elakkan double parking dan parking di tengah jalan kerana anda akan menyebabkan jalan jem.

    azam-05
    Image via Starproperty.my

    Kalau tak ada parking terdekat untuk pergi pasar malam atau solat Jumaat, parking jauh-jauh dan berjalan kaki.

    Bangsa bertamadun ialah bangsa yang tidak pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

  6. Semasa memandu kereta, jika ternampak lopak air dan ada pondok bas, pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal, perlahankan kenderaan anda.

    azam-07
    Image via Kakiberangan.blogspot.com

    Mungkin mereka dalam perjalanan ke tempat kerja, ke masjid atau dalam situasi kecemasan.

  7. Apabila masuk lift, selepas tekan butang lif, jarakkan badan anda dari papan butang lif untuk memudahkan orang lain menekan butang lif.

  8. Jika beratur di kaunter fast food, terus fikirkan apa menu yang hendak dipesan semasa masih beratur.

    azam-08
    Image via vitdaily.com

    Kebiasaanya menu terpampang di latar belakang kaunter.

    Jika sampai di kaunter baru nak fikir menu, duduk di tepi dan bagi laluan kepada orang lain untuk buat pesanan.

  9. Semasa naik eskalator atau walkalator di pasaraya atau lapangan terbang, berdiri di sebelah kiri.

    azam-09
    Image via o-0ng.blogspot.my

    Ketua keluarga mesti pastikan isteri dan anak berdiri di sebelah kiri dan jangan halang laluan kanan untuk orang yang nak cepat dan berjalan laju.

    Jika guna troli di eskalator dan walkalator, pastikan ada ruang untuk orang lalu di sebelahnya.

    BACA: Di Jepun, Penumpang Masih Berdisiplin Walaupun Keretapi Terkandas

  10. Jika anda hentikan kenderaan di tepi jalan samada dalam line atau luar line jalan, buka lampu isyarat kecemasan (dua lampu signal).

    azam-10
    Image via Otoasia.com

    Itulah tujuan ia direkabentuk.

    Lampu isyarat kecemasan bukan untuk dinyalakan semasa rombongan kahwin atau konvoi kelab kereta.

  11. Jika melalui kawasan hujan, kabus dan terowong, nyalakan lampu walaupun di siang hari untuk memberi isyarat kehadiran kenderaan anda.

    azam-11
    Image via Edurosyanto.wordpress.com

    Elakkan daripada membuka lampu isyarat kecemasan walaupun hujan terlalu lebat.

  12. Sebelum masuk lif atau kenderaan awam seperti bas, LRT dan komuter, pastikan bagi peluang untuk orang di dalam keluar terlebih dahulu.

  13. Beratur mengikut giliran sebelum masuk lif atau kenderaan awam seperti bas, LRT dan komuter.

    azam-13
    Tahniah orang PJ kerana beratur sebelum masuk komuter. Image via Roydotcom.wordpress.com

    Ketahui hak anda iaitu; datang kemudian masuk kemudian.

  14. Flush jamban selepas menggunakan tandas awam seperti R&R, masjid, pejabat, dan pasaraya.

    azam-14
    Image via bm.selangorku.com

    Pastikan air kencing anda tidak bersepah-sepah di atas jamban duduk.

    Hal ini tidak menjadi masalah jika ia berlaku di rumah sendiri atau rumah ibu bapa anda.

  15. Elakkan membuang sampah ke luar kenderaan anda kecuali anda tidak kisah jika orang lain membuang sampah ke dalam kereta anda.

  16. Bila berjumpa bayi yang baru lahir samada ahli keluarga atau orang yang tidak dikenali, jangan cubit dan picit pipi, cium sampai merah pipi atau berebut-rebut untuk dukung hingga menyebabkan bayi tidak selesa.

    azam-16
    Image via mommygiay.blogspot.com

    Orang tua membawa banyak penyakit dan bakteria, manakala bayi amat sensitif dengan sentuhan dan gegaran.

    Mencubit pipi bayi sama sakitnya dengan menyepak orang dewasa.

    Kalau geram sangat kepada bayi, bila bayi itu berak, berebutlah beramai-ramai untuk tolong basuh.

  17. Letakkan semula troli pasaraya di tempat yang sepatutnya.

    azam-17
    Image via twicsy.com

    Jangan letakkan di belakang atau celah-celah kereta orang lain.

  18. Sebelum berkongsi di Facebook dan Whatsapp, pastikan anda menyemak hadis, cerita-cerita yang bersalut mesej agama, dan dialog yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wassalam, Nabi-nabi terdahulu, Malaikat dan Allah.

    azam-18
    Image via zamani84.blogspot.com

    Jangan biarkan diri anda berdusta atas nama Rasulullah kerana upahnya adalah Neraka.

  19. Jangan solat depan tangga atau pintu, terutama semasa solat Jumaat atau di surau-surau kecil seperti di pasaraya atau R&R.

    azam-19
    Image via stnrsyfh.blogspot.com

    Sebelum angkat takbir, ambil masa untuk berfikir samada ia adalah laluan keluar masuk untuk trip berjemaah seterusnya.

  20. Raikan ilmu dan bidang kepakaran orang lain.

    azam-20
    Image via www.petroleum.utm.my

    Hal agama serah kepada agama, hal kesihatan dan perubatan serah kepada doktor, hal kejuruteraan serah kepada engineer, hal undang-undang serah kepada peguam, dan sebagainya.

    Kalau tak tahu atau tahu sedikit atau guna ilmu ‘rasa-rasa’ dan ‘ada orang cakap’, pilih untuk duduk diam dan menjadi pendengar.


Cita-cita kita mahu mengubah nasib negara. Apa kata kita ambil kesempatan di awal tahun ini untuk mengubah sikap terlebih dahulu.

Mari kita bina bangsa yang tinggi empati dan common sense, tidak menyusahkan orang lain, keselamatan di tempat pertama, dan buat kerja cepat tetapi efektif.

Selamat tahun baru 2016.

BACA: 15 Gambar Kesukaran Sebenar Mereka Yang Bekerja Di Lautan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram