Assalamualaikum. Saya seorang guru dari sebuah sekolah menengah di Sabah. Saya suka akan aktiviti mengembara dan menjadi aktiviti ini sebagai salah satu medium untuk saya menyampaikan pengajaran dengan lebih menarik dan realistik.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Bagi saya konsep ‘travel is an education’ adalah salah satu konsep yang menarik untuk menyampaikan ilmu dan memberi pengalaman yang berbeza kepada para pelajar.

Pada bulan mac 2016 saya telah mengembara ke Manila, Filipina selama seminggu. Sepanjang berada di sana banyak pengalaman yang sangat berharga dan saya telah kongsikan.

Saya ingin berkongsi pengajaran atau lesson yang saya perolehi ketika berada seminggu di sana. Cerita-cerita inilah yang saya olah untuk dijadikan satu moment indah kepada para pelajar walaupun mereka tidak berada di negara tersebut.

Hasilnya berkesan. Mereka teruja.

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-1

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-2

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-3

Pengajaran 1 – masih ramai orang yang baik hati di dunia ini

Ketika mengembara di sana saya telah berjumpa dengan rakan-rakan baru yang banyak membantu ketika saya berada di Manila.

Ketika dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila saya telah berjumpa dengan sekumpulan atlet Sabah dan jurulatih mereka untuk berlatih di Baguio City.

Memandangkan ini pertama kali saya ke Manila mereka menawarkan diri untuk saya tinggal di hotel bersama-sama dengan mereka di kawasan Barangay.

Saya tidak menolak kerana saya memang belum menempah hostel atau hotel lagi.

Perkara ini telah membuka hati saya bahawa masih ramai lagi manusia yang baik hati walaupun kita tidak mengenali mereka.

Lagi mengharukan apabila coach mereka dengan senang hati telah membelanja saya sarapan pagi keesokan paginya.

Sifat baik hati dan suka membantu ini sememangnya satu perkara yang sangat saya titikberatkan ketika menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Jadi melalui cara ini saya dapat menunjukkan kepada para pelajar bahawa jangan takut untuk mengembara kerana di luar sana masih ramai manusia yang baik hati dan sudi membantu kita dan dalam masa yang sama kita dapat menambah kenalan baru.

Walaupun saban hari kita disogok dengan pelbagai jenis kekejaman manusia di seluruh dunia, tetapi apabila kita menjelajah atau travel kita akan dapat belajar bahawa dunia ini masih dipenuhi dengan manusia yang baik hati.

Pengajaran 2 – sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita ada

Pengajaran ke 2 yang saya dapat ketika berada di Manila ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada.

Jika kita keluar mengembara atau travel ke tempat lain, perasaan syukur dengan kehidupan yang kita ada akan semakin bertambah.

Hari kedua berada di Manila ketika berada di dalam jeepy iaitu kenderaan awam paling popular di Manila.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Rizal Park dan Fort Santiago tiba-tiba seorang remaja naik dan terus meletakkan sampul di ribaan setiap penumpang, kemudian dia terus menyanyi sehingga beberapa minit.

Dalam masa yang sama saya lihat beberapa orang penumpang mula memasukkan duit ke dalam sampul. Saya yang masih terkejut dengan situasi itu hanya melihat sahaja dan mengembalikan sampul itu tanpa memasukkan sebarang wang.

Tetapi otak saya ligat berfikir remaja di sini sanggup berbuat apa saja untuk terus hidup. Belum lagi melihat golongan gelendangan yang memenuhi bandaraya Manila ketika malam terutamanya di bahagian Olongapo dan Quiapo.

Melihat keadaan mereka yang membanjiri lorong-lorong, kaki lima setiap jalan dan di bawah laluan LRT menyebabkan saya melihat Manila sebagai sebuah bandaraya yang penduduknya sanggup berbuat apa saja untuk hidup.

Keadaan di negara kita memang agak jauh berbeza sedikit dengan di sini. Syukur kerana Allah mengurniakan kehidupan yang penuh nikmat untuk saya dan kita semua.

Perkara inilah yang saya tegaskan kepada para pelajar di dalam kelas. Melalui travel kita akan dapat melihat realiti hidup dan belajar untuk mensyukuri setiap inci kehidupan kita.

Jika kita mengembara di kawasan miskin kita belajar untuk bersyukur dan jika kita berada di kawasan-kawasan yang mewah kita belajar untuk menghargai.

Jelas, mengembara merupakan medium untuk kita mengenali dan menghargai hidup.

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-5

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-6

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-7

Pengajaran 3 – hormati perbezaan agama dan budaya

Lesson ke 3 yang saya peroleh ketika berada di Manila ialah belajar untuk memahami perbezaan agama dan budaya. Mencari makanan halal sangat sukar di Manila.

Jika mahu mencari banyak makanan halal pergilah ke Quaipo berdekatan dengan Golden Mosque. Ketika berada di Manila saya lebih banyak makan roti atau buah.

Ketika ini barulah saya betul-betul menghayati konsep halal. Sememangnya apabila kita berada di luar negara barulah kita betul-betul menitikberatkan soal makan minum.

Tetapi ini, tidak membuatkan saya pesimis atau judgemental dengan orang lain. Ketika di Baguio City sekali lagi saya telah di jemput oleh kumpulan atlet yang saya jumpa pada hari pertama di Manila.

Mereka menjemput saya makan bersama-sama. Menariknya masakan itu di masak oleh tukang masak Filipino dari Cebu.

Pada mulanya saya ragu-ragu tetapi setelah diberitahu bahawa makanan itu halal dan dibawa dari Sabah dan setiap peralatan itu telah di samak dan tukang masak tersebut walaupun berlainan agama tetapi hanya masak mengikut arahan mereka.

Ketika itu saya belajar sesuatu, toleransi dalam beragama dan memahami orang lain sesuatu yang penting untuk keharmonian hidup.

Makan semeja, dengan orang berlainan agama tidak pernah menjadi satu isu. Saya pernah makan di dalam hostel yang ada beberapa orang pelancong dari Eropah.

Kami makan bersama-sama walaupun makanan kami berbeza. Ketika mengembara keluar barulah kita memahami agama orang lain dan lebih sayang dengan agama kita anuti.

Percayalah. Budaya dan adat di sesuatu tempat merupakan satu ensiklopedia pengalaman yang dapat saya ceritakan kepada pelajar saya di dalam kelas.

Ccontohnya orang Manila suka pelihara anjing itu budaya mereka. Hormati perkara itu dan sebagai muslim saya cuba sedaya upaya untuk menjaga batas-batas bagi perkara tersebut.

Travel dengan happy jangan stres dengan perkara-perkara remeh. Kerana lain tempat lain budaya. Sebab itu kita perlu belajar dan memahami.

Travel is not about how much money you have, but its about how much experience you get.

Pengajaran 4 – hargai dan sayangi bahasa kita, dan cuba kuasai Bahasa Inggeris

Lesson no 4 yang saya dapat ketika di Manila ialah hargai bahasa kebangsaan kita dan tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Orang Filipina sangat bangga dengan bahasa Tagalog mereka. Biasanya mereka tidak akan terus melayan sebarang pertanyaan jika diajukan dalam bahasa Inggeris.

Jika kita memberitahu bahawa kita bukan Pinoy barulah mereka memberi respon. Saya difahamkan mereka tidak suka dengan orang Filipina yang tidak menggunakan bahasa Tagalog.

Melihat keadaan itu saya bangga dengan semangat dan jati diri mereka sebagai Pinoy. Saya mempelajari sesuatu di Manila.

Kehebatan sesebuah negara terletak pada kekuatan rakyatnya meninggikan bahasa kebangsaan mereka dan negara-negara maju yang lain seperti Korea dan Jepun sudah membuktikannya.

Tetapi sebagai orang luar bahasa Inggeris merupakan alat komunikasi utama bagi saya. Semua urusan saya di Manila dibuat dalam bahasa Inggeris.

Pertama kali dalam hidup saya selama seminggu saya banyak menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Jika sebelum ini saya sangat takut untuk bercakap dalam bahasa Inggeris kerana takut salah dan malu, tetapi apabila saya mengembara saya terpaksa menggunakannya walaupun dalam bahasa yang tunggang langgang.

Saya memberitahu kepada para pelajar saya, keluar mengembara jika ingin meningkatkan penguasan bahasa Inggeris.

Kerana jika kita statik di negara sendiri mungkin kita malu atau takut ditertawakan.

Jadi solusinya keluarlah mengembara dan jangan takut untuk menggunakan bahasa Inggeris kerana tiada siapa pun yang kisah tentang grammar kita.

Yang penting apa yang kita sampaikan difahami. Lambat laung English kita akan improve. Percayalah.

Mengembara sendirian akan menjadikan kita lebih berani. Ketika berada di Manila semua perkara terpaksa saya lakukan sendiri. Ketuk rumah orang yang tidak dikenali semata-mata ingib bertanya jalan.

Baca: 12 Sebab Kenapa Keluar Mengembara Mampu Jadikan Anda Insan Lebih Hebat

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-8

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-10

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-11

Pengajaran 5 – jadi berani dan yakin pada diri sendiri.

Berada di tempat asing, budaya dan bahasa yang berbeza membuatkan kita perlu jadi lebih berani dan positif.

Ketika mengambil bas dari manila ke Baguio City pada tengah malam perjalanan selama 8 jam sesuatu yang asing bagi saya. Yang menariknya ketika saya bersendirian dan memerlukan bantuan ada saja bantuan yang hadir.

Ketika saya sesat mencari teachers cabin di Baguio City orang kampung datang bersama-sama membantu. Perbezaan agama, bahasa, budaya dan negara memang tidak menghalang mereka untuk membantu.

Perkara inilah yang kerap kali saya tegaskan kepada para pelajar saya. Kindness and generousity merupakan satu benda yang sangat berharga ketika kita keluar mengembara.

Jadi jangan takut. Keluarlah untuk melihat negara orang. Lama kelamaan perasaan berani akan muncul dan kita tidak lagi takut untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pengajaran 6 –  melihat keindahan alam ciptaan tuhan dengan perspektif yang berbeza.

Filipina merupakan sebuah negara yang hebat dengan kecantikan alam sekitar. Kawasan gunung ganang di Baguio City sangat menarik dan kawasan bandarnya sangat bersih.

Tidak dibenarkan merokok di Baguio City. Merokok akan ditangkap serta merta. Sebelum sampai ke sini saya tidak membayangkan akan wujud bandar yang bersih, cantik dan nyaman di Filipina.

Tetapi apabila sampai di Baguio City tanggapan saya berubah. Penempatan yang disusun cantik di lereng-lereng bukit dan tidak ada pencemaran udara membuatkan hati saya terpaut dengan tempat ini.

Ketika berada di Zambales, St Antonio kira-kira 3 jam perjalanan dari Manila saya turut terpukau dengan kecantikan pulau dan pantai yang bersih.

Zambales mempunyai pulau yang cantik dan di antara yang tercantik di kawasan Manila walaupun tidak sehebat Boracay dan Palawan.

Ketika di sini saya banyak mempelajari tentang cara masyarakat tempatan menjaga ekosistem mereka.

Ketika berada di St Antonio ini juga saya mengalami insiden berdepan dengan gempa bumi skala yang kecil dan penduduk tempatan tidak panik walaupun berlaku gegaran kerana perkara itu sudah kerap kali berlaku.

Sebenarnya banyak pengajaran yang sangat berharga saya peroleh di Manila. Sukar untuk saya terjemahkan kesemuanya di sini.

pengajaran-dari-mengembara-di-manila-9

Saya berpendapat secara peribadi bahawa mengembara sememangnya satu medium yang paling efektif jika kita ingin membawa golongan muda memahami maksud hidup dan mencari pengalaman agar dapat menjadi manusia yang lebih peka, bersyukur dan menghargai kehidupan.

Sebagai seorang guru saya menjadikan pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh ketika mengembara sebagai intipati dalam pengajaran terutamanya apabila kita ingin pelajar kita melihat hidup ini bukan sekadar lulus peperiksaan sahaja.

Saya bercadang untuk berkongsi lagi cerita-cerita saya mengembara di tempat lain dengan medium yang berbeza dan cerita yang berbeza. Terima kasih pada The Vocket kerana menjadi rujukan utama saya untuk menelaah dan mengkaji cerita-cerita pengembara lain sebagai rujukan dan panduan saya.

Saya juga mempromosikan The Vocket kepada pelajar saya sebagai salah satu laman web yang bagus dan informatif untuk menambah pengetahuan mereka.

Baca lagi: Pemuda Ini Beranikan Diri Travel Solo Ke Luar Negara Buat Pertama Kali Selepas Baca Vocket

Artikel di atas disumbangkan oleh Dzulkifli Mohd Aspah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group