Perkongsian perbelanjaan 5 hari 3 provinces di Manila, Filipina dengan jumlah RM230 all in termasuk flight return KUL-Manila-KUL.

Mic Drop
HYPE
Sterk Production Buat Hal Lagi Dengan Parodi Mantap ‘Mic Drop’ BTS
Baca lagi →

Di sini saya bongkarkan bagaimana cara untuk survive dan dapatkan bajet serendah itu untuk travel di Manila.

1. Return Flight RM80

Saya tempah flight tiket ini pada July, 2015 iaitu setahun lebih awal dari tarikh penerbangan.

2. Penginapan (Percuma)

Saya mencari host ketika berada di sana. Jadi penginapan saya telah berjaya dikurangkan tanpa membayar walaupun satu sen. Cuma sebagai penghargaan, saya berikan kuih raya bersempena sambutan Aidilfitri.

3. KETIGA: Pengangkutan RM50

Di Manila terdapat beberapa kenderaan umum yang terdiri daripada Jeepneey / Bas / Van / Teksi / Uber / Taxigrab / Motorsikal / Tricyle dan MRT. Di sini saya letakkan bajet setiap jenis pengangkutan tersebut.

Jeepney: Setiap route perjalanan adalah 7 Peso sahaja (50sen). Tak perlu bayar lebih. Sebaiknya, dapatkan duit pecah terlebih dahulu sebelum menaiki jeepney.

Taxigrab/Taxi/Uber: Tambang permulaan adalah 40 Peso dan saya anggarkan setiap KM adalah 5 peso (30 sen/KM)

Tricycle: Pastikan harga range adalah 50-100 Peso untuk setiap perjalanan route. Tetapi ini bergantung kepada berapa jauh perjalanan anda. Tetapi selalunya adalah range begitu.

Pedling (Beca): Harga beca adalah 1/3 lebih mahal jika dibandingkan dengan tricyle itu tadi kerana menggunakan khudrat untuk mengayuh basikal. Jadi range harga adalah 1/3 lebih mahal dari tricycle.

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-1

Fort Santiago, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-2

Makati, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-3

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-9

Intramuros, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-10

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-11

4. Destinasi

Di sini saya pecahkan 3 tempat utama bandar yang perlu dilawati.

1. Manila
Intramuros
Fort Santiago
San Agustin Church
National Museum of Philippines
Quipo Church
Manila Ocean Park
San Sebastian Church
Rizal Shrine
Malacanang Palace
Star City
Rizal Monument
Malate Church
Museum of Filipino People
Metropolitan Museum of Manila
Coconut Palace/ Mall of Asia Arena (SM Mall)
Chinatown.

Kesemua ini anda boleh berjalan kaki, cumanya total perjalanan saya kira adalah sejauh 10KM.

2. Taal, Manila

Basilica of St. Martin of Tours
San Martin
Shrine of Our Lady of Caysasay
Taal Heritage Village
Casa Villavicencio
Villa Tortuga Colonial Experience
Casas de Taal
Little Bridge Resort.

Untuk ke sini, korang boleh ambik MRT ke Station Buendia dan naik ke ke Taal dengan harga 170 Peso (RM15) per way untuk perjalanan selama 2 jam 30mins. Setelah sampai di Taal, korang boleh ambik jeepney dan turun di Taal Historical Place. Cuma perlu bayar 7 Peso sahaja.

3. Makati
Untuk ke Makati, jika anda dari Airport. Hanya perlu berjalan kaki keluar dari airport dan naik jeepney ke EDSA. Tambangnya adalah 7 Peso per way. Seterusnya boleh la excess ke semua tempat menarik dengan menggunakan MRT.

5. Makan Minum RM50

Adalah susah untuk dapatkan makanan halal di sana. Jadi saya habiskan duit makan minum di 7E untuk beli beberapa makanan dan air mineral water.

Baca: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-4

Rizal Park, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-5

Rizal Park, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-6

Cathederal Manila, Filipina

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-7

China Town, Manila

tip-bercuti-cara-bajet-di-manila-8

6. Lain-lain RM50

Ini termasuk perbelanjaan di luar jangka atau baju t-shirt sebagai cenderahati untuk diri sendiri.

7. TIPS

Di sini saya senaraikan beberapa tips jimat sepanjang berada di sana seperti berikut.

1. Penggunaan Bahasa – Untuk menampakkan bahawa kita adalah warga tempatan, maka antara perkataan yang perlu dihafal adalah seperti:
Berapa? -Manako
Turun di sini – Para pok
Bilangan 1 hingga 10 – (1)Isa (2)Delawa (3)Tatlo (4)Ampat (5)Lima (6)Anim (7)Peto (8)Walo (9)Siam (10)Sampok (11)Labin Isa (12) Labin Delawa dan seterusnya.

2. Strategi Jimat Ke Bandar Dari Airport – Anda hanya perlu berjalan kaki keluar dari airport di sebelah kanan sejauh 500meter dan akan jumpa jalan besar.

Lintas jalan dan ambik jeepney ke EDSA dengan tambang 7 Peso (50sen) sahaja. Tetapi, kalau korang ambik bas di hadapan Airport, anda akan kerugian 150 Peso (RM12). Jadi, keputusan mengikut bajet anda.

3. Budaya dan Peraturan Di SanaSpot check akan dilakukan di mana-mana sahaja terutama di entrance masuk. Jadi korang perlu pastikan bahawa tidak ada barang-barang terlarang semasa berada di Manila

4. Tambang Untuk Jeepney – Pastikan tambang anda adalah 7 peso sahaja (50 sen) untuk setiap route perjalanan.

5. Pertukaran Matawang – Jika saya bandingkan Malaysia vs Manila, pertukaran matawang semasa di Malaysia adalah lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Manila. Jadi, saya sarankan untuk korg tukarkan matawang terlebih dahulu sebelum berangkat ke Manila.

6. Flight – Jangan terkejut jika majoriti penumpang adalah Bangladesh. Jadi saya nasihatkan untuk anda beli tempat duduk di hadapan sekali untuk mengelakkan anda bersama-sama dengan mereka. Ini bertujan untuk keselesaan sepanjang 4 jam perjalanan.

Sila pastikan juga, anda mempunyai tiket return flight. Kerana, itu adalah syarat terbaru AirAsia bagi sesiapa yang hendak terbang ke Manila perlu dibuktikan dengan tiket return flight sebelum berlepas dari KLIA2.

Saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu korang sepanjang berada di Manila dengan jumlah perbelanjaan yang minimum. Mabuhayyy.

Baca lagi: Itinerari Ke Pulau Fortune Di Filipina. Umpama Bercuti Di Kota Tinggalan Lama Greek

Artikel di atas disumbangkan oleh Fen Ninetyone. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group