Semasa saya belajar perihal makanan di universiti, didapati minyak masak terpakai di hotel dan restoran dikumpul dan diproses semula oleh pihak luar bagi tujuan menjualnya semula kepada orang ramai.

Bagi mengaut keuntungan jutaan ringgit, pihak terlibat mencampurkan minyak baru dengan minyak kitar semula ini terutama dalam bentuk paket yang dijual dengan harga yang murah kepada pengguna di rumah dan juga pengusaha. Ada juga yang dijual seadanya selepas diproses semula.

Pengguna yang mahu minyak masak murah akan membelinya kerana menganggap minyak masak yang dijual di tempat umum seperti kedai runcit, pasar malam dan pasar raya itu selamat digunakan tanpa mengetahui bahaya yang turut diundang bersama.

Tindakan penggunaan minyak masak kitar semula sekaligus mendedahkan diri pengguna kepada bahaya penyakit serius seperti kanser, sakit jantung dan keradangan hati kerana minyak masak yang berulang kali digunakan mengandungi kandungan tosik tinggi.

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, anggota jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu sukar dihapuskan. Ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah akibat saluran darah tersumbat yang akhirnya boleh mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya.

Malah, status halalnya boleh turut diragui apabila kebersihan tidak terjamin berikutan tidak mengetahui ia digunakan untuk memasak apa sebelum ini. Ada kemungkinan ia telah bercampur dengan minyak masak yang telah menggoreng makanan tidak halal.

Bagaimana nak periksa minyak itu kitar semula atau baharu? Anda letak minyak masak dalam peti sejuk selama dua jam. Perhatikan keadaan minyak, jika ia berbuih itu menunjukkan minyak itu hasil daripada kitar semula.

Jika diragui kualiti minyak masak tersebut, pengguna digalakkan melaporkannya kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan seterusnya. Sama juga jika anda mengetahui individu yang terlibat dengan aktiviti seperti ini, buat laporan berkenaannya.

Gesaan ini telah dibuat oleh Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) memandangkan ada kajian menunjukkan minyak masak kitar semula ini boleh membawa penyakit. Maka, ia seharusnya tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa dan pengguna.

Ya, anda boleh buat duit dengan minyak masak melalui cara kitar semula dan dijual bagi kegunaan memasak. Tetapi sanggupkah anda menjadi salah satu faktor penyebab kesengsaraan hidup orang lain?

Kalau nak sangat buat duit dengan minyak masak, ada cara lain untuk anda praktikkan. Kalau nak tahu caranya, baca di sini.