Bayangkan, anda mempunyai perabot lama – buatannya cantik, kayunya berat, pendek kata ia masih kukuh untuk digunakan. Tetapi sayang seribu kali sayang, permukaannya menggelembung dek terkena air atau calar balar kerana sudah lama digunakan. Hendak digunakan, sudah buruk. Hendak dibuang, sayang. Jadi apakah cara mudah dan murah untuk memperbaiki perabot dengan permukaan yang rosak?

Tuan Firdaus Jasmin berkongsi cara beliau.

1. Ini adalah keadaan asal perabot. Beberapa bahagian permukaan telah menggelembung atau terkopek dimakan air.

meja-01

2. Licinkan permukaan dengan kertas pasir.

meja-02 meja-02b

3. Gunakan kertas dinding atau wallpaper untuk membalut meja. Beli di Mr DIY – RM3.50 sahaja!

meja-03

BACA: 21 Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet. Inspirasi D.I.Y Murah Dan Kreatif

4. Tanggalkan kertas dinding perlahan-lahan.

meja-03b

5. Lekat dan ratakan kertas dinding pada permukaan meja. Pastikan tiada gelembung udara. Anda boleh cabut dan lekat semula untuk menjadikan hasil kerja anda lebih kemas.

baiki-meja-05

6. Lekatkan juga pada permukaan laci.

meja-05

7. Dan dinding tepi.

baiki-meja-05-c

8. Dan Walla!, hanya dengan menggunakan kertas dinding, perabot anda yang buruk kini sudah bertukar menjadi baru.

baiki-meja-06

Puan Farah Irwana menggunakan cara yang sama untuk membaiki rak TV beliau. Modal beliau – RM3.50 juga. Lihatlah hasilnya!

rak-tv

Berkilat-kilat seperti baru. Menakjubkan!

Anda boleh dapatkan pilihan pelekat dinding pada harga berpatutan di sini.

BACA Lagi: 10 Jawapan Disebalik Kisah Viral Gadis Baiki Sofa Ibu Di Bulan Ramadan Yang Lalu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram