Satu ketika dahulu jenama sandal Crocs ini memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Nampaknya jenama fesyen ternama Balenciaga mahu mengembalikan kegemilangan sandal ini dengan rekaan yang pelik ini.

Balenciaga x Crocs ini sudah dipamerkan di pentas peragaan Balenciaga tahun lalu dan ramai yang sudah mula berminat untuk mendapatkan kasut kolaborasi ini. Buat masa ini, Baenciaga Platform Crocs ini dihasilkan untuk rekaan wanita sahaja dengan dua pilihan warna; merah jambu dan coklat. Pin dan badge di bahagian atas kasut ini boleh ditambah dan akan dijual secara berasingan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Koleksi ini kini dibuka untuk tempahan pada harga USD850 (RM3,300±). Kalau sebelum ini Balenciaga menjual beg plastik dengan harga yang RM4,000, kali ini mereka jual pula Crocs dengan harga ribuan ringgit. Pelik dan rare betul barangan yang dijual Balenciaga ini.

balenciaga-platform-crocs-pink-tan-2