Tahukah anda bahawa Lembaga Tabung Haji telah mengalami kerugian RM1.96 juta ekoran penipuan dalam talian? Insiden ini mengakibatkan sejumlah pelanggan telah terjejas susulan insiden tersebut.

Berhubung isu itu, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pihak bank harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kehilangan wang pendeposit yang berpunca daripada scam tersebut. Ini berikutan urusan pengeluaran wang simpanan akaun TH dibuat menggunakan perbankan konvensional dan bukan melalui TH.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Hal ini berikutan hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH telah memutuskan bahawa kehilangan wang semasa proses pengeluaran (debit) dalam akaun TH adalah tertakluk kepada faktor kesiagaan bank berkenaan. Pampasan kepada mangsa perlu diurus menerusi polisi insuran perbankan itu sendiri.

Perkara ini menjadi tanggungjawab utama bank berkenaan agar pendeposit tidak kehilangan keyakinan terhadap mereka. Selain itu, pihak TH dicadangkan memberi peluang kepada pendeposit untuk buat pilihan sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau secara dalam talian.

Hal ini kerana sebahagian pengguna mungkin lebih yakin dengan keselamatan transaksi secara manual. Sebagai pengguna TH, anda sangat digalakkan menggunakan aplikasi Thijari  kerana dilengkapi dengan pelbagai ciri dan lapisan keselamatan. Malah, anda perlu sentiasa menyemak penyata akaun agar boleh mengesan jumlah simpanan semasa di dalam akaun.

Bagaimanapun, sekiranya anda sudah menjadi salah satu mangsa penipuan, hubungi terus Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk buat laporan. Mangsa yang menghubungi pihak NSRC dalam tempoh 24 jam berpeluang mendapat semula wang yang telah ditipu.

Sumber