Negara haram Israel dilanda kebakaran besar dan dijangka semakin dahsyat apabila cuaca kering dan angin kencang akan memburukkan lagi keadaan semasa dengan menjejaskan kawasan penempatan haram Yahudi yang lain.

Walaupun begitu, Perdana Menteri Israel menyalahkan “terrorism” untuk lebih 50% kebakaran yang telah berlaku sehingga lebih 75,000 orang dipindahkan dari Haifa, bandar yang paling teruk terbakar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Negara Haram Israel Dilanda Kebakaran Dahsyat

Netanyahu tidak menghuraikan dengan lanjut tentang identiti atau motif orang yang memulakan kebakaran. Tapi perkataan “terror” biasa digunakan oleh pegawai Israel bagi merujuk kepada aktiviti militan orang Arab atau orang Palestin.

Dalam masa yang sama, Israel turut menerima tawaran Palestin yang akan menghantar pasukan untuk melawan api. Selain Palestine, Amerika, Rusia, Turki, Greece, Itali, Croatia dan Cyprus bersetuju untuk menghantar 10 kapal terbang.

Pegawai rasmi Israel memberitahu Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah menyelia kerjasama di antara Palestin dan anggota bomba Israel apabila Palestinian Authority menghantar 4 pasukan bomba ke Israel.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam Palestin, Yousef Nassar berkata melalui agensi berita rasmi Palesitn, WAFA, tawaran bantuan ini adalah satu “mesej kemanusiaan” buat Israel.

Buat pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Israel alami kebakaran yang dasyat. Ia pernah berlaku pada 2010 selama 4 hari di mana peristiwa itu mengorbankan 42 orang. Kebakaran hanya terkawal apabila menerima bantuan pesawat bomba dari negara lain.