Jika anda nama besar dalam industri fesyen, segala yang anda buat pasti akan dibeli oleh peminat anda. Itu yang terjadi oleh jenama streetwear legendary Supreme. Mereka membuat sesuatu yang tidak masuk akal apabila menjual batu bata sebagai salah satu aksesori untuk musim Fall/Winter 2016.

Bata berkenaan yang tertera perkataan ‘Supreme’ dijual pada harga USD30 (satu harga bata biasa dijual lebih kurang USD0.50) dan bata ini tetap habis terjual. Dan menariknya, sudah ada yang menjual kembali bata ini dengan harga USD1,000 (lebih kurang RM4,126) di laman Ebay. Tidak tahu siapa yang akan beli bata Supreme ini dengan harga berkenaan.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

supreme-brick

Eminem terlebih dahulu memulakan trend bata ini apabila beliau memberi bata dari rumah lama beliau yang dirobohkan sebagai memorabilia ulang tahun album The Marshall Mathers LP. Mungkin Supreme mendapat idea ini dari Eminem.

Seorang pengguna di reddit, tamaral36 telah membuat kira-kira jika anda ingin membina rumah menggunakan bata keluaran Supreme ini. Untuk sebuah rumah berkeluasan 2400 kaki persegi, anda memerlukan lebih kurang 117,600 keping bata. Jika ditambah dengan kos penghantaran, sekeping bata Supreme bernilai USD40. Jadi 117,600 x 40 = USD4,704,000 .BOOM. Itulah harga untuk siapkan rumah anda menggunakan bata jenama Supreme ini.

Mungkin ini strategi Supreme untuk lihat sejauh mana pengikutnya sanggup membeli produk keluaran jenama itu walaupun produk itu sesuatu yang sangat random. Tetapi cantik juga jika bata ini menjadi bata penghias pintu depan rumah anda. Barulah jiran tetangga tahu anda seorang yang Hypebeast. Jika anda bijak anda tidak akan bina keseluruhan rumah anda menggunakan bata ini.

supreme-brick-f-w-16-fall-winter-red-clay

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka