Dua tiga hari yang lalu tular sebuah gambar di Instagram dan Twitter tentang gambar seorang remaja berbaju kumpulan punk rock Sex Pistols. Dikatakan remaja berkenaan adalah Presiden Indonesia, Joko Widodo sewaktu mudah dahulu.

Menurut seorang warga Indonesia dengan nama Agan Harahap, beliau bertemu dengan salah seorang lama dalam scene punk rock di Indonesia. Lelaki berkenaan mempunyai satu album yang terkandung gambar-gambar individu yang pernah aktif dalam dunia punk rock dan menjadi insan yang berjaya ketika mereka semakin berusia.

Salah satunya gambar seorang remaja yang sangat mirip Joko Widodo. Gambar ini kemudiannya menjadi bualan dan dikongsi oleh orang ramai terutamanya anak muda Indonesia yang sentiasa memandang tinggi kepada Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi.

Belum lama ini saya berkesempatan untuk berjumpa ke kediaman seorang senior mantan dedengkot punk tanah air yang kini…

Posted by Agan Harahap on Wednesday, August 22, 2018

Namun semuanya terungkai apabila tuan punya badan sendiri memberi respon terhadap gambar ini. Menerusi satu posting di laman rasmi Facebook Presiden Joko Widodo, Jokowi berkata remaja di dalam gambar itu bukan dirinya.

Dalam tulisannya, beliau menambah beliau tidak ‘sekacak’ itu semasa muda. Beliau lebih suka ke hutan bersama rakan dan mengenal alam. Beliau turut berkongsi satu gambar di mana beliau sedang menggoreng mee bersama teman di hutan.

Sebuah foto buram bergambar anak muda dengan rambut ala punk beredar di media sosial. Entah siapa yang mulai, ada yang…

Posted by Presiden Joko Widodo on Friday, August 24, 2018

Tidak dinafikan Jokowi sememangya seorang yang sukakan muzik metal antaranya Metallica dan Lamb Of God. Jadi gambar ini tampak legit dan remaja berkenaan memang iras Jokowi.

Pengajaran yang boleh diambil di sini adalah jangan mempercayai seratus peratus perkara yang dikongsi di media sosial. Walaupun gambar ini memang cool jika ianya memang Jokowi, perlu semak dahulu kesahihannya.

Agan juga sudah memohon maaf di laman Facebooknya kerana membuat kenyataan yang salah di Facebook. Jadi siapa yang kongsi posting Agan beberapa hari yang lalu, ini ceritanya yang sebenar.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group