Seronok rakyat Indonesia mempunyai Presiden yang awesome dan cool seperti Joko Widodo @ Jokowi. November lalu, Perdana Menteri Denmark Lars Løkke Rasmussen berkunjung ke Indonesia untuk lawatan kerja. Lars menghadiahkan album Metallica edisi khas kepada Jokowi sebagai hadiah diplomatik dari negara berkenaan.

Semua tahu Jokowi adalah peminat muzik tegar terutamanya muzik metal. Beliau sanggup membayar 5 juta Rupiah (RM 1,434+-) untuk membeli kembali album Metallica ‘Master Of Puppets’ tersebut untuk dijadikan koleksi peribadi.

Walaupun boleh sahaja beliau menyimpan album berkenaan tanpa perlu membayarnya kembali, Jokowi tetap mengisytiharkan perkara berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Basmi Rasuah (KPK) bagi mengelak sebarang konflik berkaitan rasuah.

Menurut KPK, sebarang hadiah yang diterima dari kunjungan diplomatik adalah milik kerajaan dan tindakan Jokowi itu adalah sesuatu yang mulia dan diharap menjadi contoh kepada kerajaan yang lain.

Jika dari atas sudah bersih, yang lain-lain pasti akan juga menyusul mengikut ketua mereka. Semoga kita semua turut dapat mengambil ikhtibar dari berita ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group