Salah satu ciri yang penting dalam perkhidmatan pelanggan ialah empati. Ia adalah satu formula yang berkuasa untuk membolehkan seseorang sukses di tempat kerja. Ini 7 cara untuk menambahbaik rasa empati di dalam diri oleh Don R. Crawley:

1. Dengar

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mendengar baik-baik apabila seseorang bercakap dengan kita. Pasang niat kita mahu mendengar untuk memahami. Maka, tolak ke tepi semua alat yang boleh mengganggu fokus untuk mendengar. Pada waktu itu juga harus bersedia untuk berkongsi apa yang kita rasa atau emosi sebagai satu proses give-and-take.

lenbrzozowski.wordpress.com
lenbrzozowski.wordpress.com

2. Bahasa

Gunakan bahasa yang mempunyai ciri-ciri empati. Contohnya seperti ayat:

“Saya minta maaf kerana perkara itu telah berlaku kepada awak.”
“Saya tak salahkan awak apabila awak rasa sebegitu.”
“Saya pasti saya juga rasa seperti apa yang awak rasa sekarang jika situasi yang sama berlaku kepada saya.”

Jangan sekadar cakap sahaja, cakaplah dengan nada serius supaya orang tidak rasa kita main-main.

om.co
om.co

Baca: Sebab Empati Menjadi Elemen Penting Dalam Budaya Kerja Yang Digemari CEO Slack

3. Menghukum

Setiap orang melalui pengalaman masing-masing yang tersendiri. Itu membuatkan setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza. Kita semua adalah manusia dan menghukum itu bukan tugas kita. Jangan menghukum orang lain.

pinterest.com
pinterest.com

4. Rasa ingin tahu

Latih diri untuk memiliki rasa ingin tahu tentang orang lain. Sebahagian ciri empati ialah ingin mengetahui tentang orang lain seperti siapa mereka, dari mana asal mereka, apakah kepercayaan mereka dan lain-lain tanpa menjadi judgemental.

aquablutopia.blogspot.com
aquablutopia.blogspot.com

Tonton: Ini Sebab Mengapa Empati Lebih Penting Berbanding Simpati

5. Cabar prejudis diri

Hanya kerana kita percaya sesuatu, tak bermakna perkara itu benar/betul. Letakkan diri di dalam pelbagai situasi dan bayangkan apakah yang akan kita lakukan untuk mengatasinya.

wikihow.com
wikihow.com

6. Cari persamaan

Sama seperti rasa belas kasihan, kita digalakkan mencari persamaan berbanding perbezaan dengan orang lain. Ketahuilah bahawa setiap orang adalah unik dan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

rutugole.wordpress.com
rutugole.wordpress.com

7. Elak label orang lain

Apabila kita kenal orang lain sebagai seseorang, yang bukan berdasarkan label parti politik, anutan agama dan sebagainya, kita akan sedar kita boleh menjalinkan perhubungan dengan lebih baik.

loving-community.com
loving-community.com

Baca: Kempen “Nothing To See Here” Mengundang Rasa Simpati Kepada Orang Palestine

Banyak kebaikan yang akan kita perolehi apabila menerapkan nilai-nilai empati di dalam diri. Misalnya, kanak-kanak menjadi kurang agresif apabila diterapkan ciri empati dan tahap tekanan akan berkurangan menyebabkan ia memberi impak dalam kecemerlangan akademik.

cambridgetraining.org
cambridgetraining.org

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber