Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menu world tour’ kolaborasi antara McDonalds bersama kumpulan K-Pop BTS telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat BTS di negara kita bahkan di seluruh rantau Asia Tenggara.

Berikutan pembungkusan makanan The BTS Meal yang unik dan berwarna unggu sinonim dengan kelab peminat Army BTS, ada juga antara mereka yang sanggup menjual semula pembungkusan set makanan ini di Carousell dan Shopee untuk dijadikan punca pendapatan.

Dalam pada itu, bukan sahaja pembungkusan The BTS Meal bahkan ada juga penjual yang mahu menjual semula sekeping Chicken McNugget dalam set The BTS Meal di eBay. Uniknya, bentuk McNugget ini bukan seperti biasa kita lihat tetapi secara kebetulan ia terhasil persis karakter crewmate dalam aplikasi permainan dalam talian Among Us.

Chicken McNugget ‘Among Us’ ini sedang dijual secara bidaan di eBay. Setakat artikel ini ditulis, seramai 160 orang pembida telah membida untuk membeli McNugget ini dan harga bidaan yang paling tinggi dicatatkan setakat ini telah mencecah sebanyak USD51,800 (~RM213,545).

s-l1600

Chicken McNugget Among Us yang comel. Kredit: eBay

Penjual turut menyertakan penerangan bahawa McNugget ini dijangka hanya mampu bertahan selama 14 hari dan akan segera dihantar kepada pembida yang bertuah sebelum ia tamat tempoh.

McNugget yang unik ini akan dibungkus menggunakan pembungkusan kedap udara bagi mengekalkan ‘kesegarannya’ dan  dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran kelas pertama USPS.

Pakej pembelian ini turut disertakan sekali dengan sos legenda Szechuan Sauce sekiranya pembeli mahukannya. Acara lelongan untuk membida Chicken McNugget Among Us ini akan berakhir dua hari sahaja lagi di halaman eBay.

Walau bagaimanapun, sedikit kecewa bagi peminat Army BTS di Malaysia kerana jualan lelongan McNugget ini tidak ditawarkan untuk penghantaran ke Malaysia. Jika diberi peluang, sanggupkah anda sebagai Army BTS di Malaysia untuk membida Chicken McNugget Among Us ini?

Baca lagi mengenai bekas makanan The BTS Meal yang dijual semula oleh reseller menerusi pautan di bawah ini.

Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal

Bukan Sekadar Bungkusan Makanan, Lihat Gaya Kreatif Army Abadikan BTS Meal

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Anda Mungkin Suka