Sebelum ini, lebih 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun lalu. Terbaharu, sebanyak 23 agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, semua agensi pelancongan itu menutup operasi dengan tidak memperbaharui lesen pengendali pelancongan mereka disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan menyukarkan untuk syarikat pengendali pelancongan tetap bertahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, agensi pelancongan mengalami kerugian disebabkan kemerosotan kehadiran pelancong. Difahamkan kini sebanyak 113 agensi pelancongan yang masih kekal bertahan walaupun kebanyakannya dalam keadaan tenat.

Jika PKP dilanjutkan lebih lama, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak agensi pelancongan akan ‘gulung tikar’ terutama sekali jika tidak menerima sebarang bantuan kewangan sepanjang tempoh pandemik ini. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri pelancongan pada pautan di bawah.

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Sumber