Selepas Perdana Menteri mendedahkan senarai 28 menteri yang menjadi ahli kabinet, pelbagai reaksi dan respon diberikan oleh rakyat Malaysia serta ahli politik daripada blok pembangkang. Salah satunya adalah bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu hantaran Facebook yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sanggup ‘menggadaikan prinsip’ yang dipegang dan diperjuangkan selama lebih 20 tahun dengan individu yang terpalit dengan kes-kes mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kenyataan yang dibuat oleh mantan perdana menteri ke-8 itu telah mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri I, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau telah mengeluarkan satu kenyataan balas pada awal pagi tadi.

Menurut Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kenyataan dan tindakan ‘meroyan’ dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sekutunya itu seolah-olah tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu yang telah menganjurkan perbincangan khas bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

Tambah beliau lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu.

“Kritikan Mahiaddin bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia pernah surplus budget, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara,” terang Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi lagi.

Sumber Gambar: The Sun Daily

Timbalan Perdana Menteri I itu juga menyatakan kepercayaan tinggi bahawa pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan kerana beloau pernah digelar sebagai ‘The Asian of The Year‘ dan Malaysia mendapat gelaran ‘The Asian Tiger‘ kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1990an.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menemplak Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana gagal mencipta sebarang rekod baik sepanjang dan bermasalah mengurus negara dalam tempoh beliau memegang jawatan Perdana Menteri sehingga dikenali sebagai kerajaan gagal.

Dalam pada masa, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sedang ‘ketakutkan’ kerana pelbagai skandal dalam pengurusan negara ketika beliau menjadi perdana menteri dan terdesak untuk menjadi perdana menteri sekali lagi hingga sanggup melanggar adat dan adab membuat kritikan terhadap Istana Negara sejak awal proses menamakan Perdana Menteri Ke-10.