Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebagai seorang selebriti, pastinya diri anda dianggap ikon dan tingkah laku anda akan diperhatikan oleh ramai orang. Neelofa, seorang selebriti yang boleh dianggap cukup berpengaruh sekali lagi terhimpit dengan kontroversi.

Terbaharu, sebuah rakaman video keluarga Neelofa di hari raya yang dimuatnaik oleh kakak Neelofa, Noor Nabila telah tular di media sosial dan kini video tersebut telah dipadam. Menerusi video tersebut, dapat dilihat keluarga Neelofa sedang bermaaf-maafan.

Menjadi persoalan netizen apabila selain Neelofa dan suami, PU Riz, Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya, ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed dan suaminya, Abdul Halim Khan Lall Khan turut kelihatan dalam video tersebut.

Hal ini mencetuskan tanda tanya apakah mereka semua tinggal sebumbung kerana SOP mengatakan tiada aktiviti ziarah rumah ke rumah ketika sambutan Aidilfitri.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian itu disyaki berlaku di kediaman Neelofa di Hulu Kelang di Ampang, Selangor.

Malah, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung perkara terbabit dan siasatan kini dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, Neelofa telah dikenakan kompaun RM20,000 kerana melanggar SOP penganjuran majlis sosial dan juga menyalahguna kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Semalam, tular video golongan kayangan yang telah melanggar SOP dengan beraya secara besar-besaran dan netizen telah meminta pihak polis jalankan siasatan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan

Anda Dilarang Ziarah Rumah Ke Rumah, Kubur Di Hari Aidilfitri Nanti

Anda Mungkin Suka