Ini apa yang saya belajar daripada kawan sekelas yang sangat cemerlang dalam pengajian Kejuruteraan Kimia. Pertamanya, takkan la saya nak kongsi tips belajar saya sendiri.

Subjek Momentum Transfer pun saya minta tebus dengan pensyarah sebab sikit lagi nak gagal dan subjek Partial Differential Equation pun tak faham. Mujur ambik balik masa semester khas, boleh lah dapat A+. Kalau kongsi penulisan dengan tajuk ‘lihat bagaimana lelaki ini survive dengan cukup makan di fakulti kejuruteraan’ boleh lah bagi ke saya ni. Hahahahaha.

Jadi apa sumber tips ni?

Ini adalah pemerhatian saya ke atas seorang kawan sekelas saya yang cukup cemerlang dalam pengajian di jabatan kami. Senarai dekan setiap sem sampai ke habis pengajian, dapat 4 rata di kedua-dua sem pada tahun 3 dan sekali pada tahun 4, menang best design project untuk projek tahun akhir, dan paling penting dia banyak bantu saya dan kawan-kawan sepanjang di Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Malaya.

Professor saya kata dia ni kira berada dalam top 5 pelajar hebat sepanjang sejarah di jabatan. Dia lelaki Melayu, tuan-puan. Siapa kata lelaki tak power dan pemalas di universiti? Siapa kata?

kawan-1

Jadi soalan seterusnya adalah apakah tips dia?

Dia cakap asas dia senang je. Tak payah tips. Study ikut cara tersendiri. Hahahaha.

Yang mana pada saya sangat betul kenyataan dia tu. Kau nak berapa banyak sangat tips abang dan kakak oi? Yang paling penting adalah execution dan consistent. Seperti mana kata Gary Vee, “at the end of the day, its’s all about doing. It’s about execution”.

Ada orang selesa belajar waktu pagi. Ada orang selesa berjaga ketika malam dengan Nescafe di sisi. Ada yang mampu belajar sambil dengar muzik. Kawan saya tu dia tenang dapat belajar kejap pastu main game kejap pastu belajar balik. Tapi ketika masa dia fokus, dia fokus lah.

Walaupun begitu, sudah tentu ada bottom line dia. Ada banyak perkara yang kami belajar daripada kawan saya ini.

It’s not about the tips, it’s about consistency, keep organized his study material, teach other people, all out the effort, and others few common sense things which we also know but we don’t execute at its best.

Mula konsisten belajar bermula daripada awal pengajian tahun pertama dan minggu pertama. Bukannya ketika minggu sebelas baru nak kerja keras.

Lainlah macam kami ni, dah masuk tahun empat baru nak insaf, mana nya tak lemah asas dalam kejuruteraan. Sebab ketika tahun pertama dan tahun kedua itu lah asas-asas dalam pengajian kejuruteraan diajar. Subjek Heat Transfer, Mass Transfer, Chemical Process Principle, Reaction Engineering, itu semua adalah akar-akar dalam pengajian kejuruteraan.

Ini dah tahun tiga baru nak insaf kemudian tahun empat baru nak all out, bukan tak boleh tapi dia punya kepayahan, takkan tak tahu.

Secara realitinya, ia bukan sebab genius. Hal-hal genius ni, dalam movie 3 Idiot and Bad Genius sahaja dah la. Mana ada orang tiba-tiba beroleh kefahaman dalam subjek-subjek teras kejuruteraan dengan baca buku rilek-rilek je. Kau ingat kau Ranchoddas Chanchad ke?

Sudah tentu lah ianya berkenaan dengan belajar setiap hari, kerja keras, dan nilai-nilai yang telah saya sebutkan tadi.

Ada beza tau antara betul-betul faham dengan faham untuk kasi pass exam sahaja. Yang penting pada saya adalah bagaimana untuk kita connect the subject dengan subject yang lain, dan beri makna yang significant untuk ilmu tersebut.

Kemudian, ini point yang paling penting.

Sebab bukan sahaja dia ni usaha keras tetapi selepas dia faham subjek tersebut pulak, dengan nota dia yang gila kemas, dia ajar kami yang noob ini sampai faham.

Bayangkan bilik kolej Universiti Malaya yang sempit direka untuk dua orang itu, kami para lelaki tenang himpit macam sardin untuk study group sama-sama di sana sambil makan cucur udang dan nasi kukus. Dia lah jadi sifu kami. Daripada kami tahun pertama sampai lah ke tahun akhir begitulah budaya nya. Kepada kawan saya tadi itu lah kami mohon tunjuk ajar gitu.

kawan-2

Jadi, nampak tak hubung kait dia sekarang? All out belajar ikut gaya sendiri dengan consistent, keep organized your study material, dan ajar kembali kawan-kawan anda. Fuh memang kefahaman tahap tinggi lah.

Itu sedikit sebanyak yang saya belajar daripada dia. Dan saya percaya kawan-kawan lain pun dah maklum berkenaan bottom line ini. Cuma sama ada buat atau tak sahaja.

Satu sahaja dia ni kurang. Kawan saya ni peminat Liverpool. Kau tengok je la sekarang ni betapa lopek nya team Liverpool tu. Baik main liga bola sepak Shah Alam je la, Liverpool woih. Simple.

Ada orang kata CGPA tak di tengok sangat semasa nak minta kerja. Iye, saya fikir tak ada lah syarikat MNC nak tengok sangat CGPA kau kalau beza dia antara 3.1 dan 3.3 je. Tapi dah kalau kau punya CGPA 3.9 dalam Kejuruteraan Kimia, tak ke impress syarikat MNC itu sampai temuduga kedua pun dah tak perlu pergi abang oi.

Sekian sahaja sedikit penulisan daripada saya berkenaan apa yang saya belajar daripada kawan saya yang cukup cemerlang dalam pengajian.

Masing-masing punyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Adakah kita betul-betul kerja keras atau tidak sahaja untuk menggunakan segala kekuatan tersebut bagi mencapai impian yang kita inginkan.

Ia bukannya berkenaan kita mesti menjadi seperti seorang Ranchoddas Chanchad dalam movie 3 Idiot yang sangat pandai itu, tetapi ianya adalah proses dan juga usaha berterusan kita untuk mencapai kecemerlangan dan menambah baik nilai peribadi dengan personaliti diri sendiri dan juga sentiasa membantu orang lain.

Sekian.

Baca: Kisah Disebalik Kecemerlangan SPM Gadis Ini Akan Buat Anda Mengalirkan Air Mata

Artikel di atas disumbangkan oleh Ahmad Fitri. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤