Jika sebelum ini, Kylie Jenner yang terkenal dengan kejayaan dan kekayaan beliau yang memiliki empayar sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan lain-lain telah mengatasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sebagai individu paling muda dalam sejarah bergelar bilionaire.

Kini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault pula telah mengatasi Warren Buffet dalam Bloomberg Billionaire Indexs dengan nilai bersih kekayaan beliau sebanyak $83.1 bilion USD (~RM339 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

100781060-160430947.1910×1000

Bernard Arnault telah menggantikan Warren Buffet pada kedudukan ketiga terkaya di dunia dan sekaligus merapatkan saingan dengan Bill Gates yang berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan $98.3 bilion (~RM402.17 bilion) dan Jeff Bezos yang masih mengekalkan kedudukan beliau sebagai yang pertama terkaya di dunia dengan memiliki kekayaan dengan nilai bersih sebanyak $140 bilion (~RM572.78 bilion).

Peningkatan kekayaan Arnault adalah berdasarkan peningkatan sebanyak $14.5 bilion dalam rekod jualan LVMH yang mencecah $53.4 bilion USD pada tahun lalu. Buat pertama kalinya Arnault berada dalam kedudukan tiga teratas di dalam rekod kekayaan di dunia sejak Bloomberg Billionaire Indexs ini dilancarkan pada tahun 2012.