Masih ingat default wallpaper di Windows 10 berbentuk seperti tingkap yang seolah terkena pancaran cahaya? Ya! Gambar itu bukan gambar biasa yang melalui proses editing seperti yang anda sangkakan, sebaliknya ia adalah gambar real yang dihasilkan menggunakan teknik-teknik tertentu.

Bradley G. Munkowitz (Gmunk) adalah salah seorang manusia kreatif yang menjayakan gambar tersebut. Beliau menggunakan kamera 50 megapiksel untuk memotret ribuan foto dan menyelipkan pelbagai efek visual, seperti laser, asap dan bokeh, untuk menghasilkanya. Dan beliau sekali lagi tampil mengagumkan anda dengan hasil fotografi terbaharunya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini melalui teknik inframerah dimana teknik ini bergantung pada kemampuan kamera digital untuk merakam apa yang tidak dapat dilihat oleh mata dengan menangkap radiasi infra merah daripada gambar tersebut.

Di bawah ini adalah hasil rakaman foto yang beliau ambil disepanjang pelayaran di Tracy Arm Fjord, Alaska. Memang awesome sungguh!

BACA: Rakan Sertai ‘Outing’ Fotografi Sempat Rakam Orang Asli Suku Semai Di Raub, Pahang

Sumber