Sekitar 19 April yang lalu, tular di media sosial mengenai kes melibatkan enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun sebanyak RM1,500 seorang oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka.

Terbaharu, portal Astro Awani melaporkan bahawa isu ini telah diselesaikan dan para pelajar yang terlibat tidak perlu membayar kompaun RM1,500 seperti yang dikenakan oleh pihak KKM, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin selepas mengadakan perjumpaan bersama pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/NabilAmirul4/status/1384072742933200896?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1384072742933200896%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Flayanan-dua-darjat-pelajar-matrikulasi-langgar-sop-kena-saman-tanpa-siasatan-rm1500%2F

“Kes itu telah selesai dan para pelajar yang terlibat tidak perlu membayar satu sen pun saman (kompaun) yang dikenakan, jadi mereka tidak perlu runsing memikirkan hal ini dan saya juga telah berjumpa salah seorang bapa pelajar dan memberitahu bahawa kes ini telah selesai.

“Saya cuba bantu menyelesaikan masalah mereka memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi dan dengan itu saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu disebabkan kes ini,” kata Mohd Akmal dalam satu sidang media semalam.

Ini sedikit telah menarik nafas lega apabila pelajar yang terlibat tidak perlu membayar kompaun yang dikenakan. Walau bagaimanapun, tindakan kompaun yang dikenakan oleh pihak KKM itu sebelum ini telah mencetuskan pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen yang menganggap ia merupakan tindakan yang tidak munasabah.

Pelajar Matrikulasi disaman RM1,500 dianggap layanan dua darjat. Baca lagi pada pautan di bawah ini. 

Layanan Dua Darjat, Pelajar Matrikulasi Langgar SOP Kena Saman Tanpa Siasatan RM1,500

Saman RM1,500 Langgar SOP, Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Mampu Bayar Saman

 

Sumber