Disaat bitcoin dikaitkan dengan pelbagai spekulasi negatif, seorang lelaki yang berasal dari Sabah telah mengambil keputusan untuk menjual tanah seluas 3 ekar di Pulau Libaran, Sabah menggunakan kriptowang bitcoin.

Dikenali sebagai ahli perniagaan di dalam bidang pelancongan Sabah, Alexander Yee ternyata begitu positif dengan penjualan tanah menggunakan bitcoin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20171115141004-GettyImages-854047512

Difahamkan keputusan untuk menggunakan medium kriptowang sebagai transaksi dibuat setelah pembeli dan penjual berpendapat langkah ini merupakan langkah yang positif dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia. Tambahan pula, beberapa bank di Malaysia juga kini telah mengesahkan transaksi menggunakan kriptowang.

Berdasarkan pernjanjian pembelian yang dibuat, pembeli bersetuju untuk membayar 0.05 BTC (RM3,883.25) sebagai deposit kepada Alexander Yee manakala baki sebanyak 0.45 BTC lagi  diselesaikan sejurus selepas pindah permilikan tanah dibuat.

Johari Deputy Finance Minister
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Sumber: themalaysiantimes

Mengulas mengenai status penjualan tanah tersebut, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Timbalan Menteri Kewangan berpendapat penjualan tanah menggunakan medium bitcoin adalah sah. Gaya penjualan seperti ini sekaligus bakal mempertingkatkan lagi kreativiti industri kewangan dalam negara.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah transaksi menggunakan kriptowang bakal menjadi pilihan orang ramai berjual beli atau sebaliknya.

Baca lagi: Premis Melombong Bitcoin Di Puchong Diserbu MPSJ

Sumber