Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Firdaus Yasin kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di Vocket. Kisah ini adalah dapatan pengalaman beliau bertemu dengan seorang pemilik produk kecantikan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. X.

Nak Buat Produk Kecantikan Sendiri?

Baca kisah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

"Tidak apalah tuan, apa yang saya buat bila duit dalam poket hanya tinggal RM10 tu, saya cerita kemudian. Itu kisah lama."

Hampir majoriti orang berjaya akan melalui saat-saat sukar dalam hidup sebelum mencapai kejayaan.

Perjalanan masih jauh,masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh,matlamat yang perlu dicapai.

"Petang ini kita fokus kepada bagaimana produk penjagaan wajah boleh kekal berada dalam pasaran walaupun sudah masuk tahun ketiga bermain di medan terbuka. Kekal bukan bermaksud hanya survive cukup makan. Ia lebih dari itu," kata Mr X, seorang usahawan yang mengusahakan produk kecantikan.

"Baik tuan,teruskan," jawab Tuan Firdaus Yasin (FY), penulis asal kisah ini.

pemilik-produk-kecantikan
Pertemuan dengan pemilik produk kecantikan, Mr X. – Firdaus Yasin

Mr X: Saya tidak nafikan, rata-rata mereka yang melihat dari luar, ada yang mengatakan permainan produk kecantikan sukar untuk bertahan lama,
habis kuat pun 6 bulan, kemudian jualan akan merudum.

Ada juga sesetengah pemain dalam industri kecantikan memang sudah menetapkan matlamat untuk main 'game hit and run'.

Buat duit banyak-banyak, kemudian apabila jualan produk sudah menurun, mereka cipta produk baru.

Itu 'cycle' permainan mereka.

Antaranya atas dua faktor.

Yang pertama, memang mereka punya matlamat 'hit and run'.

Yang kedua, mereka terpaksa ikut kehendak pasaran tempatan. Permintaan pasaran di Malaysia yang sukar mendapatkan pelanggan yang kekal dengan satu produk. Maka, mereka sentiasa mahu cuba menambah rangkaian produk yang ada.

Ini bedasarkan pemerhatian saya.

Lain orang, maka lain lah pandangannya

FY: Tuan nak tambah air?

Saya memotong perbualan sebelum beliau meneruskan perkongsian.
(Nak cerita lagi kenalah bagi dia minum, sedap sikit nak sambung cerita).

Selang 2 minit kemudian, air pun sampai.

FY: Tuan, bagaimana tuan bermula?

Mr X: Saya mula dengan Bismillah.

Krik krik krik…

Hahahaha.. kami gelak bersama.

(Dalam hati saya cakap, pandai sungguh dia ni buat lawak, LOL!)

Mr X: Tuan, maaf ye, sekali sekala bergurau.

Sebelum saya labur duit untuk pembuatan produk, saya lebih rela bakar duit untuk membuat aktiviti kenal pelanggan. Boleh katakan juga ia adalah survey.

'Survey' ini objektifnya untuk kita tahu apa segmen pelanggan kita mahu, apa ketakutan dan impian mereka, apa yang membuatkan mereka yakin untuk buat keputusan membeli, bila mereka rasa selesa untuk dihubungi, berapa range harga yang mereka sanggup bayar. Malah faktor umur segmen pelanggan juga mempengaruhi banyak aspek dalam pemilihan untuk buat sesuatu produk.

Perhatikan laras bahasa dan perkataan-perkataan yang mereka guna apabila berbual-bual dengan kita. Banyak lagi sebenarnya. Lebih 50 soalan kalau kumpul semua.

Survey ini membantu kita untuk menyampaikan tawaran yang jelas supaya mereka tidak ragu untuk buat keputusan membeli.

Bukan buat produk ikut apa yang kita suka. Itu syok sendiri.

'Buat produk' yang saya maksudkan itu bukan sekadar mewujudkan produk itu. Ia merangkumi juga mesej apa yang kita nak sampaikan kepada segmen pelanggan bersama produk itu.

Banyak situasi, bukan produk tak laku, tapi mesej tak laku.

Kalau tuan nak tahu, 'packaging dan kualiti gambar' produk kami masa mula-mula dikeluarkan, memang buruk 'giler' tuan. Ambil gambar sendiri-sendiri. Tak pakai studio pun.

Tapi fokus kami lebih kepada menyelesaikan masalah pelanggan!

Jualan terhasil. Kepercayaan tercipta. Duit masuk menderu. Dari situ sedikit demi sedikit kami tambah baik persembahan produk.

FY: Erm.. pelik juga tuan, packaging buruk tapi ada jugak orang nak beli, macamana tuan buat?

Ini soalan dari saya.

Mr X: Tuan, kan saya dah bagitau tadi. Kami fokus untuk menyelesaikan masalah pelanggan! Itu yang pelanggan mahu! Bukan semua pelanggan kisah dengan packaging dan bahan-bahan yang digunakan. Gunalah herba dari pergunungan Himalaya sekalipun, orang bukan peduli sangat kalau mesej produk itu tak laku.

Mereka hanya kisah tentang… 'Adakah masalah aku boleh selesai?'

FY: Ok tuan, dapat satu point penting. Dari segi harga macamana tuan buat survey?

Soalan dari saya.

Mr X: Semasa proses untuk 'close-sale', sekiranya pelanggan senyap selepas diberitahu harga, kami akan 'follow-up' dengan pelanggan. Kami tanya kenapa mereka tidak membeli.

Dari situ kami terus beri tawaran kepada mereka, dengan harga berapa mereka sanggup bayar untuk dapatkan produk kami.

Dari maklumat-maklumat yang kami dapat itulah baru kami perbetulkan semula struktur harga. Tidak semestinya harga menjadi makin murah, ada produk yang kami naikkan harga.

Di fasa permulaan banyak perubahan yang kami lakukan mengikut permintaan pelanggan. Ini fasa permulaan, fasa 'try and adjust'. Sebab itu kami tidak bermula dengan gah. Sampai sekarang pun tak gah. Haha.

FY: Semasa tuan dalam fasa bermula, apa yang paling penting tuan utamakan?

Soalan seterusnya dari saya.

Mr X: Syarikat kami masih kecil. Tapi kami mahu kelihatan hebat di mata pelanggan.

Apa yang kami lakukan adalah menjaga servis khidmat pelanggan. Kami bangunkan pasukan 'customer service'. Kami bina kepercayaan pelanggan melalui 'customer service' yang baik pada pelanggan.

Sentiasa 'follow up' dan kemaskini aktiviti terkini perjalanan produk kami. Khidmat pelanggan selepas jualan kami bermula satu jam selepas parcel dipos sehinggalah sekarang, walaupun sudah 2 tahun mereka guna produk kami!

Kami ada jadual untuk menghubungi mereka. Di kala ramai sibuk memperkasa team jualan, kami sibuk menambahbaik team khidmat pelanggan selepas jualan.

Saya percaya, orang tidak kekal membeli produk kita sebab kita tidak jaga mereka. Lalu kita cepat buat kesimpulan pasaran tidak lagi memihak kepada kita.

FY: Fuhh, sampai begitu sekali ye tuan.

Bagaimana produk tuan masih mengaut jualan jutaan ringgit walaupun masuk tahun ketiga untuk tahun ini.

Mr X: Saya kupas sikit ya tuan.
Sebenarnya,banyak elemen yang membantu kami boleh bertahan hingga sekarang. Selain menjaga servis. Kami juga menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Kami pernah pos surat kepada mereka!

Ya, kami pos surat fizikal sebagai tanda menghargai mereka. Kerja ni memang macam leceh sikit. Ye lah, kena lipat, kena tandatangan, kena beli setem. Tapi berbaloi. Kami akan sentiasa cari keunikan yang akan membuatkan pelanggan mengingati kita dan rasa pelanggan kita dihargai.

FY: Bagus ilmu-ilmu dapatan tuan ni, boleh buat seminar pembangunan produk.

Khusus untuk mereka yang nak ada produk kecantikan sendiri.

Nanti tuan boleh ajar diorang dari A sampai Z. Lepas tu caj dengan sedikit bayaran supaya diorang dapat kurangkan risiko produk tersangkut bawah katil.

"Hahahahaha!" kami gelak bersama-sama.

Mr X: Kalau ada orang nak, apa salahnya. Tuan uruslah, tapi saya tak nak ramai-ramai, dalam 10 orang cukuplah.

Saya terkedu sekejap. Terus dapatkan kepastian.

FY: Betulke ni tuan?

Mr X: Hahahaha, ada ke orang nak belajar dengan saya? Status kat Facebook pun krik krik krik je, jarang diupdate. Kereta mewah pun takde.

Saya meneruskan bertanya soalan.

FY: Bila tuan sebut tentang kereta mewah, kenapa tuan tak ada kereta mewah ya tuan?

Mr X: Saya jual kereta mahal saya. Saya pakai kereta lebih kecil. Buat masa ini saya fokus kepada bangunkan syarikat. Saya nak bangunkan ahli pasukan.

Dividen tahunan saya dan rakan kongsi tak usik. Kami gunakan untuk tambah paid-up capital. Kami teliti dalam pengiraan zakat perniagaan. Sen-sen pun kami kira.

Kami bayar cukai. Kalau boleh nak bayar banyak cukai. Sebab bank lagi percaya. Apabila bank percaya, senang syarikat kami nak shopping property.

Banyak syarikat orang muda, berniaga bagai nak rak, satu property pun tak mampu beli. Bukan mereka tak ada duit, tapi tak pandai urus duit.

Untuk pengetahuan tuan, gaji saya sampai sekarang lebih kecil daripada gaji staff. Ini 'BIG WHY' saya. Bukan kita sahaja yang kaya. Dalam syarikat ramai lagi orang kaya dilahirkan. Samada mereka dinaik taraf jadi rakan kongsi syarikat kita atau mereka menjadi CEO di anak syarikat yang sama-sama ditubuhkan.

Saya percaya pada ayat ini..

Apabila kita mengkayakan orang lain, InsyaAllah Allah akan mengkayakan kita juga.

Tuan cubalah."

FY: Banyak maklumat saya dapat ni, saya nak tulis di Facebook saya boleh tuan?

'Point-point' yang tuan kongsi ini InsyaAllah bermanfaat untuk mereka yang membaca.

Saya beritahu dengan penuh harapan kepada beliau.

Beliau meneguk air. Merenung kaunter bayaran di sebelah kiri saya. Sambil mengerutkan dahi.

Mr X: Ermmm, boleh. Tapi mohon tidak 'mention' nama saya.

Secara automatik saya terus bersalam dengan beliau.

FY: Terima kasih tuan! Nanti dah tulis saya PM ikat tepi tuan ya."

10 minit kemudian kami beredar.

BACA: 120 Minit Berharga Bersama Pengerusi ABS Dan PTS, Puan Ainon Mohd

BACA: 4 Nasihat Bisnes Berharga Daripada Pemilik 4 Buah Kilang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber