Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita biasa dengar Ice Bucket Challenge. Ia adalah satu promosi untuk memperkenalkan penyakit saraf Lou Gehrig atau ALS kepada dunia. Beberapa nama penting seperti Presiden George W. Bush ke Lady Gaga ke Oprah Winfrey dirakam menerima cabaran rakan mereka untuk melakukannya. Promosi itu terlalu berjaya sehinggakan berjaya mengumpul sebanyak USD$62.5 juta untuk Persatuan ALS.

Ini membuatkan seorang wartawan terfikir untuk menggunakan cara berkenaan untuk merayu orang ramai menyertai perjuangannya.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Beliau meraih sokongan untuk Gaza dengan cara meniru ALS Ice Bucket Challenge, tetapi kali ini bukan dengan ais atau air sejuk, tetapi dengan pasir, habuk dan bekas runtuhan.

“Saya perlu melakukan sesuatu untuk menyampaikan mesej ke seluruh dunia tentang Gaza, ” kata Ayman al Aloul, seorang wartawan yang memulakan apa yang dikenali sebagai Cabaran Runtuhan atau “Rubble Bucket Challenge”. Apabila beliau membincangkan idea tersebut dengan rakan-rakan, ada yang mencadangkan beliau menggunakan sebaldi darah atau serpihan tajam. “Saya terfikir bahawa ia adalah idea yang baik untuk menunjukkan gambaran keseluruhan bagaimana Gaza kelihatan sekarang – runtuhan, kemusnahan, simen dengan pasir, batu-batu kecil,” kata Aloul.

“Sekiranya lima orang ternama di dunia seperti pelakon atau presiden menerima cabaran ini, ini bermakna saya sudah berjaya memberi mesej tentang Gaza,” katanya lagi.

Laman FB Rubble Bucket Challenge baru dibuka pada bulan Ogos 2014, tetapi sekarang sudah berjaya mendapat 12,237 likes saat artikel ini ditulis. Anda juga boleh menggunakan hashtags lain seperti #dustbucketchallenge dan #remainsbucketchallenge di Facebook dan Twitter.

Mahu jadi orang Malaysia pertama membuat Rubble Bucket Challenge? Hubungi kami, kami akan memaparkan anda dalam halaman kami.

Sumber: NBC, diterjemah dan diolah semula untuk The Vocket.

————————————————————————————
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook