Peminat setia streetwear Supreme pastinya sudah mengetahui mengenai isu jenama palsu sehingga menimbulkan kontroversi kolaborasi bersama syarikat elektronik terkenal dunia, Samsung baru-baru ini. Terkini, kedai Supreme Italia dikatakan akan membuka cawangan di Shanghai.

Kini sudah terpampang di salah sebuah kedai di daerah Huangpu di Shanghai mengenai notis yang bakal menjadi lokasi pembukaan kedai tersebut nanti. Menurut laporan penduduk tempatan ,kedai 3 tingkat itu bukan sahaja menjual pakaian berjenama Supreme Italia tetapi juga bakal menjual produk kecantikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

supremeitalia

Tahun lalu, jenama asli Supreme telah mengemukakan tindakan undang-undang di mahkamah mengenai jenama palsu tersebut di Itali. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mahkamah akhirnya memutuskan Supreme Italia dibenarkan dan sah untuk dijual di pasaran umum.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.