Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Cabaran bisnes masa hadapan yang sudah bermula sekarang.

1. Apabila teknologi berkembang pesat, pengguna internet boleh membeli item yang dijual di Amerika menerusi e-commerce. Item itu akan tiba dalam tempoh beberapa minggu atau lebih awal.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

2. Dunia yang dahulunya terasa jauh kini seperti berada pada satu padang yang sama. Orang di hujung kanan padang boleh sampai ke hujung kiri padang dalam tempoh yang singkat.

3. Dalam bisnes hal ini membuka ruang dan peluang kepada pedagang negara A untuk datang dan menguasai pasaran di negara B. Vice versa. Jika kita jual susu lembu tempatan, mereka boleh jual susu lembu negara mereka juga (contoh). Esok lusa mereka boleh ternak lembu tempatan di sini dan jual kepada pasaran tempatan.

4. Ini adalah perkara yang tidak dapat kita kawal secara makro – kita rakyat sebuah negara. Dinosaur juga kalau boleh tak mahu pupus agaknya. Tetapi mereka pupus juga akhirnya. Perubahan perlu kita terima. Walau pada satu hari kelak kita mungkin kehilangan fungsi yang sedang kita pegang pada waktu ini.

5. Dengan ADAPT kepada perubahan, kita dapat survive lebih lama.

6. Salah satu cara untuk ‘mati’ lambat, tersingkir lambat atau mungkin survive, adalah dengan membina jenama. Ia mengambil masa yang lama dan perlahan.

7. Jenama milik kita adalah satu-satunya wild card yang kita pegang sendiri 100% – selagi kau tak jual share syarikat kau pada orang lain (tet!). Bisnes sentiasa terbuka kepada persaingan dan jenama membantu sebuah syarikat kekal relevan.

8. Beri lebih perhatian kepada pengurusan bisnes kecil. Fokus kepada pembangunan database dan cubalah serius menguruskan cashflow. Dua perkara ini kalau tak ada, kau lupakanlah nak bersaing mahupun bina jenama.

9. Jangan buang masa menyalahkan orang lain yang ada resources. Jika kita pun ada resources, kita akan buat benda yang sama juga. Kita nampak PELUANG.

10. Membina jenama itu bukannya sekadar menepek label pada tudung, buka kedai beratus cawangan dalam masa setahun, cetak kad nama, atau selfie dengan pemilik jenama lain. Penjenamaan melibatkan beberapa elemen. Cari bukunya, baca, buat pemerhatian, aplikasikan.

11. Banyak syarikat luar negara akan cuba untuk ‘makan’ pasaran lokal perlahan-lahan. Pasaran pula bersifat tidak loyal. Namun, kelebihan bisnes lokal adalah pada memahami CITARASA pasaran tempatan. Ia masih lagi wild card yang berguna pada waktu ini.

12. Take over pasaran tidak berlaku satu malam. Tesco juga ada jenama barangan mereka sendiri. Namun, kita masih memilih Kicap Kipas Udang yang mahal, kita masih memilih gula Prai, kita masih memilih biskut lemak Jacobs. Walau kita boleh dapatkan barangan sama dengan jenama Tesco.

13. Kerana kerja menyemai jenama baru ke dalam fikiran manusia mengambil masa jauh lebih lama (across generation), berbanding apa kita fikirkan. Apatah lagi mengusir jenama sedia ada dalam fikiran.

14. Dalam senggang masa peralihan itu, kita masih ada ruang. Hargai ruang yang ada dan bekerjalah dengan bijak.

15. Penutup : Mempunyai kemahiran taktikal memang membantu kita dalam jangka masa pendek. Namun, taktikal tanpa strategi adalah ibarat masuk ke medan perang dengan peralatan yang salah. Berperang di laut mana sama dengan berperang di daratan.

Be strong. Its a rough sailing and always gonna be.

BACA: Bagaimana Milo Menjadi Minuman Kegemaran Kanak-Kanak Seluruh Dunia

Artikel di atas disumbangkan oleh Cik Mal. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka