Orang kata hidup itu bukan mudah, tetapi kita lah yang harus memilih untuk memudahkan kehidupan. Kalau sebelum ini saya pernah menerbitkan artikel berkenaan 15 peralatan kreatif yang direka untuk memudahkan anda, tetapi kali ini sedikit berbeza. Namun fungsinya tetap sama iaitu bantu memudahkan anda menjalani tugas harian supaya lebih mudah.

Saya yakin dengan bantuan cara ini, ia pasti sangat membantu dan kerja pun jadi lebih seronok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jika anda ingin menunagkan air ke dalam cawan atau bekas yang lain, tetapi takut air melimpah atau tumpah, anda boleh gunakan cara ini. Letakkan pen atau batang chopstick ditengah atas botol kemudian tuang seperti biasa. Ini akan mengelakkan air dari tertumpah disamping mengelak daripada berlakunya pembaziran.

2. Lada memang terkenal dengan sifat panasnya yang hangat. Untuk menghilangkan rasa ini ditangan anda, caranya sangat mudah. Sapukan minyak zaitun dan biarkan sementara kemudian basuh dengan air sabun.

3. Cara paling mudah sapukan butter atas roti. Biasanya butter memang disimpan dalam keadaan beku. Untuk sapukan butter pada kepingan roti dengan mudah, anda boleh gunakan pemarut kemudian sapu rata sahaja pada kepingan roti panas anda itu tadi.

4. Ganti bateri jenis 2A kepada 3A. Jika bateri jenis 2A anda kehabisan dan pada itu yang tinggal hanyalah beteri jenis 3A, jangan risau, anda masih boleh gunakannya. Caranya memang mudah. Gunakan kertas timah dan gumpal supaya sehingga dengan ruang yang disediakan.

5. Kolar baju berkedut? Anda boleh gunakan pelurus rambut supaya kolar baju kelihatan lebih kemas dan cantik.

6. Anda boleh gunakan pemadam getah biasa untuk cuci kemera telefon anda.

7. Boleh gunakan hirisan bawang besar untuk dapatkan bentuk telur goreng yang sempurna.

8. Kabel pengecas telefon cepat rosak? Ambil spring daripada pen terpakai kemudian letakan pada wayar kabel pengecas anda.

9. Yang ini cara orang dulu-dulu. Untuk elak buih melimpah keluar ketika air sedang mendidih, letakkan senduk kayu di atas periuk anda. Dijamin tiada lagi buih melimpah keluar.

10. Elakkan tumpahan lilin di atas kek hari jadi dengan melapik potongan buah seperti ceri di bawahnya.

11. Selipar cepat putus? Gunakan cara ini. Ambil klip yang biasanya terdapat pada plastik roti kemudia selit pada setiap bahagian bawah selipar. Ini akan membantu selipar anda jadi lebih tahan lasak dan tidak mudah putus.

12. Segarkan udara di rumah anda dengan cara paling mudah iaitu dengan menggunakan tisu basah. Letakkan sahaja di belakang bahagian kipas yang sedang berpusing atau mahu lebih baik, titik pewangi di atas tisu basah itu tadi. Memang berkesan, saya sudah mencubanya.

13. Tiada roll tisu? Gunakan sahaja penyakut baju seperti gambar di atas. Boleh digunakan untuk tisu dapur atau tandas. Selamat mencuba!