Kita sering mendengar kisah pengguna Android beralih ke iPhone. Tapi agak jarang kedengaran penguna iPhone beralih ke jenama Android dan merasa gembira dengan pilihannya.

CEO Xiaomi, Lei Jun menerusi laman sosial Weibo telah berkongsikan sebuah tangkap layar yang berkisarkan perkongsian seorang pengguna iPhone 12 beralih ke model Xiaomi 13. Menariknya, pengguna ini sangat berpuas hati dengan prestasi telefon pintar tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Weibo

Menerusi perkongsian itu, salah satu pengalaman hebat yang dialami oleh pengguna adalah kekuatan isyarat rangkaian Xiaomi 13 yang didapati jauh lebih kuat berbanding iPhone 12 yang pernah digunakan sebelum ini.

Perkara lain yang menjadi pujian adalah kepantasan pengecasan yang luar biasa pada peranti Xiaomi 13. Malah, pengguna itu berkata beliau tidak menghadapi masalah ketika peralihan daripada sistem operasi iOS ke MIUI 14.

Perkongsian status di Weibo ini sekaligus telah menarik perhatian CEO Xiaomi kerana beliau sangat mendokong dan berbangga dengan peranti yang dihasilkan. Dengan menggabungkan elemen spesifikasi padu pada harga mampu milik, pasti ramai yang berminat untuk mencuba produk keluaran Xiaomi.

Sumber