Semalam tular di media sosial sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimana memaparkan seorang lelaki warga asing membuat kecoh di sebuah tadika yang terletak di Telok Panglima Garang.

Lelaki warganegara Bangladesh tersebut dilihat secara tiba-tiba masuk ke dalam tadika dan mengatakan bahawa dirinya ingin memberikan roti kepada anaknya. Namun, tindakan mencurigakan lelaki itu berjaya dihalang oleh bapa-bapa yang ada di tempat kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1510822996247998464

Video tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen dan rata-rata netizen bersyukur tidak berlaku kejadian tidak diingini. Menurut laporan, suspek dipercayai mengalami masalah mental dan mahu mencari anaknya yang dikatakan berada di dalam tadika berkenaan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, suspek dikatakan telah menceroboh tadika terbabit dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya.

Tambahnya, siasatan mendapati suspek tidak mengeluarkan kata ugutan dan tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa. Pihak tadika juga mengesahkan bahawa tidak menerima kemasukan pelajar warga asing.

Difahamkan, suspek telah berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Taman Pahlawan, Telok Panglima Garang pada Ahad lalu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Pijak Sahaja Bagi Sedar’- Tangan Lelaki Merayap Masuk Tirai Makmum Wanita Dikecam Netizen

Pecah Rekod Dan Membanggakan, 5 Pelajar Malaysia Ini Berjaya Diterima Masuk Ke Harvard