Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi anda yang suka menonton video makan pasti pernah sudah sangat kenal dengan chef yang sentiasa tersenyum dalam setiap video masakannya.

Chef Burak Özdemir merupakan individu yang terkenal dengan video masakan Timur Tengahnya yang popular di platform Instagram dan TikTok.

Berbeza dengan videonya sebelum ini, tiada lagi senyuman terukir di wajahnya dalam video terkini tanda sokongan beliau kepada penduduk Palestin yang kini teruk dibadai askar Israel.

Makanan yang dihasilkannya dalam video ini diwarnakan dengan 4 warna; hitam, merah, putih dan hijau mengikut warna bendera Palestin. Ia merupakan sesuatu yang pelik melihat Burak tanpa senyuman di wajahnya.

Perkongsian beliau itu menerima lebih 75,000 komen dengan personaliti terkenal dari seluruh dunia turut menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin termasuklah peninju UFC, Khabib Nurmagomedov.

Ketika saudara Islam yang lain menyambut kehadiran 1 Syawal dengan gembira, penduduk di Palestin menyambutnya dengan duka dan tangisan. Semoga perang antara Palestin dan Israel ini dapat ditamatkan dalam masa terdekat.

Berikut adalah beberapa artikel lain berkaitan konflik Palestin dan Israel. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Anda Mungkin Suka