Facebook Page Humans Of New York (HONY) menampilkan pelbagai cerita orang yang tidak dikenali yang ditemui oleh admin HONY di jalanan sekitar New York. Antaranya adalah kisah seorang lelaki yang mengakui akan perasaannya kepada seseorang. Kisahnya itu telah membuatkan pengguna media sosial ternanti-nanti adakah dia akan berjaya melakukannya, sekurang-kurangnya tag nama wanita itu di post ini:

hony 1

“Saya jumpa dia ketika dia sedang melawat New York untuk 2 minggu setengah. Katakan sahaja ‘2 minggu’, untuk jadikan ia lebih menarik. Maka, kami banyak menghabiskan masa bersama-sama, dan pada malam terakhir sebelum dia balik ke Filipina, dia bertanya kepada saya jika saya serius tentang perhubungan kami. Dan saya jawab ‘Saya tidak tahu.’ Kemudian saya balik ke rumah dan berbaring sepanjang malam. Penerbangan dia akan berlepas pada pukul 9 pagi. Jadi, pada pukul 4 pagi, saya telah menghantar satu pesanan ringkas kepadanya untuk menunggu saya di luar kawasan keselamatan. Kemudian, saya dapatkan teksi dan terus tergesa-gesa ke lapangan terbang. Saya tiba di sana tepat pada masanya. Dan sebelum dia masuk ke dalam, saya beritahu kepada dia: ‘Saya serius. Kita akan bersama.’ Sekarang Brandon (admin HONY), saya perlukan awak jadikan ini kedengaran lebih romantik. Pilih gambar saya yang memandang jauh ke hadapan, dan pada ayat terakhir, katakan: ‘Saya sekarang tertanya-tanya bilakah lagi kita akan bersama semula.’ Kerana saya akan tag dia di sini.”

Baca: 45 Perkara Anda Patut Buat Ketika Berstatus Bujang

Punca orang ramai tertarik dengan kisah ini kerana ayat terakhir Warren, “Because I am going to tag her in this.” Ia membuatkan orang tertanya-tanya adakah wanita itu, Janina Paula tahu akan kewujudan post ini. Trigger rasa ingin tahu pengguna media sosial.

Ia bertambah menarik apabila ada pengguna media sosial yang ala-ala penyiasat persendirian apabila cuba mencari siapakah wanita yang dimaksudkan itu.

Dan inilah hasil pencarian mereka!

Malah, ada yang mengikuti kisah mereka terkini di Twitter.

Baca: Lamar Kerana Jatuh Cinta Dengan Sikapnya

Ini respon wanita yang telah membuatkan hati Warren tertawan yang dinanti-nantikan oleh pengguna media sosial yang mengikuti kisah mereka di Facebook Humans of New York.

Janina telah menghidupkan kembali akaun Facebook miliknya apabila sepupunya telah menghantar satu link yang memaparkan gambar Warren. Janina mengakui dialah gadis yang dikejar oleh Warren beberapa minit sebelum dia memasuki kawasan pemeriksaan keselamatan lapangan terbang. Beberapa bulan kemudian, Warren datang melawatnya di Manila, Filipina. Kini, mereka menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ). Apabila ditanyakan tentang PJJ ini, mereka akan menjawab menggunakan motto daripada petikan Suits iaitu: “Kami akan mengatasi segala rintangan.”

“We’ll beat the odds.”

Ramai orang menyukai kisah Warren dan Janina ini kerana ia seakan-akan plot filem.

Baca: Cinta Jarak Jauh Anak Kelahiran UK-Malaysia Dengan Seorang Doktor

Dan akhirnya, ramai tampil dengan kisah PJJ mereka yang berjaya dilakukan bersama pasangan masing-masing.

tag3

Bagaimana dengan anda? Adakah anda pernah juga mengalami situasi seperti ini atau PJJ? Kembara dan temui jodoh.

Kongsikan bersama kami di ruangan komen di sini atau di Facebook Page kami, The Vocket.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram