Jika anda selalu melalui lebuh raya PLUS, pasti anda perasan ada tangga yang menuju ke atas bukit, bukan? Mesti ada daripada anda yang tertanya-tanya apa yang ada di atas bukit tersebut.

Terbaharu, sebuah video TikTok milik @meggikare telah dikongsikan kembali di Twitter @TikTokBerguna dimana menunjukkan pemilik video gembira apabila impian zaman kanak-kanaknya tercapai untuk memanjat tangga di lebuh raya PLUS.

Baca Juga:

“Ini angan-angan aku dari kecil tapi aku selalu terlepas tetapi hari ini aku tengok ada lori berhenti di tepi, jadi aku baru teringat nak tengok tempat itu,” ujarnya.

Menerusi video tersebut, pemilik video mengatakan bahawa terpaksa memanjat lebih 200 anak tangga untuk sampai ke atas bukit. Apabila tiba di puncak, anda dapat berehat sambil melihat lebuh raya di pondok rehat dan tertanya-tanya jika ada yang mahu panjat tangga semata-mata untuk berehat.

Selain itu, dia mengatakan telah unlocked satu pencapaiannya dimana dia memang teringin mahu mendaki tangga tersebut sejak kecil lagi. Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mengatakan tempat itu bahaya dan agak keras.

Malah, ada yang berkata mereka mempunyai pemikiran yang sama dan ingin tahu tentang bahagian atas tangga, dan berterima kasih kepada lelaki ini kerana menjawab pertanyaan mereka sekali untuk mengetahui apa yang ada di sana serta berseloroh boleh jadi lokasi untuk ‘healing’.