Aliff Syukri telah memaklumkan orang ramai bahawa dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 tahap tiga selepas pulang dari percutiannya di Turki bersama keluarga. Hal itu telah menjadi perhatian orang ramai dan mendoakan kesembuhannya.

Terbaharu, ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita telah bertindak ‘sound’ anaknya itu di Instagram miliknya selepas Aliff Syukri tidak menjawab panggilan dan membalas mesejnya.

Menurutnya, Aliff Syukri memang dijangkiti COVID-19 tetapi telah sembuh dan dirasakannya perlu menegur tindakan anaknya yang dianggap seperti ‘mengada-ngada’.

Tambahnya, beliau juga sebelum ini sudah menasihatkan anaknya supaya membuat ujian COVID-19 dengan segera namun tidak diendahkan. Lantaran itu, Aliff Syukri membalas komen luahan rasa pilu dengan tindakan ibunya.

Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Takut Umur Tidak Panjang, Aliff Syukri Minta Maaf Selepas Disahkan Positif COVID-19 Tahap Tiga

Mahu Hantar Bantuan, Tindakan Individu Ini Bertengkar Enggan Bayar Tol Undang Pertikaian Netizen