Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak hujung minggu lalu, kisah perhubungan pengacara terkenal Neelofa bersama pasangannnya PU Riz merupakan antara yang hangat dibincangkan di media sosial dan menjadi tumpuan para netizen seluruh negara.

Walaupun hampir ditenggelamkan oleh respon Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap kemalangan berbasikal yang dialami Khairy Jamaluddin, namun ia kembali menjadi perhatian dengan kenyataan Neelofa dan juga beberapa perkongsian lain seperti dakwaan teori personaliti beliau oleh netizen.

Netizen berkenaan yang dikenali sebagai Putera Nor Muhammad Raihan dalam hantarannya sebelum ini (yang kini tidak berjaya ditemui kami) menjelaskan teori berkenaan hadir menerusi pemerhatiannya selama ini.

Untuk rekod, beliau dalam hantaran berkenaan menjelaskan sangat meminati karakter Neelofa, suka menulis berkaitan psikologi manusia dan telah menulis ‘berpuluh’ penulisan mengenai artis wanita berkenaan.

“Tapi bila lama-lama aku selam, dia ni ada gangguan yang sangat sinonim dengan Narsistic Personality Disorder (gangguan personaliti narsistik),” katanya seperti dipetik.

EqVLrTZVgAIuj93

Antara tangkap layar teori berkenaan yang muncul di media sosial.

Buat anda yang tertanya bagaimana kami boleh membaca teori ini, ianya telah dikongsikan kembali di Twitter dan turut dimuatkan di portal KoolFM.

Menggunakan contoh kontroversi-kontroversi yang melanda artis berkenaan sebelum ini sehinggalah kepada perkembangan terbaru perhubungannya dengan PU Riz, individu berkenaan membuat penjelasan panjang lebar mengenai gangguan tersebut.

“Dan landasan aku cuma berpandu kepada petikan-petikan kenyataan dia (Neelofa) sendiri bagitahu dekat media.

“Aku tolak sekeras-kerasnya apa jenis khabar angin yang bersandar daripada cakap-cakap orang walaupun ia nampak berasas,” jelasnya mengenai pembentangan teori berkenaan.

Buat anda yang masih membaca dan tertanya-tanya apakah itu gangguan personaliti narsistik, akaun Facebook Public Health Malaysia dalam hantaran di akaun mereka pada semalam ada menjelaskan mengenai gangguan berkenaan.

Menurut mereka, ianya adalah salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti dan merujuk kepada keadaan mental di mana seseorang itu mempunyai rasa pentingnya kepentingan mereka sendiri serta keperluan mendalam untuk perhatian dan kekaguman yang berlebihan.

Walaupun ianya panjang dan mungkin kelihatan meyakinkan namun apa sahaja yang dijelaskan dalam hantaran oleh lelaki tersebut hanyalah teori sahaja dan sukar untuk mengesahkannya. Terutama buat para netizen yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, tangkap layar hantaran berkenaan menerusi satu perkongsian di Twitter telah mendapat hampir 5,000 retweet (perkongsian kembali).

Tetapi seperti kami katakan di awal tadi, teori berkenaan hanyalah merupakan perkongsian yang dibuat berdasarkan pemerhatian netizen selama ini. Sejauh mana kebenaran dakwaan dan teori berkenaan, ianya tidak dapat dipastikan.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai permintaan oleh pembantu peribadi Neelofa yang meminta netizen yang menularkan kisah mengenai artis wanita berkenaan tampil ke hadapan pada pautan di bawah. 

Dakwa Neelofa Telah Berkahwin, Netizen Tular Cerita ‘Tidak Berasas’ Diminta Tampil Ke Hadapan

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka