Dengan populasi yang semakin meningkat, kebanyakannya di bandar, seorang wartawan Kanada melihat dengan lebih mendalam keupayaan bandar-bandar untuk menampung lebih banyak manusia.

teksi
Giphy

Lebih separuh daripada penduduk dunia tinggal di kawasan bandar. Ini termasuklah lebih 80% populasi Amerika Syarikat, 81% populasi Kanada (tempat laporan asal ini dibuat), dan 74% populasi Malaysia. Di sinilah masalah bermula.

bandar-sibuk
Upworthy

Kebanyakan bandar moden digambarkan mempunyai persekitaran obesogenik.

Ini apa kata Dr Karen Lee tentang maksud persekitaran obesogenik:

obesogenik
Youtube

Dr Lee berkata persekitaran hidup zaman kini menjadikan kesihatan awam menjadi lebih teruk:

"Cara kita mereka bentuk bandar-bandar telah menjadikan kita sakit… Secara tidak sengaja kita mereka bentuk (bandar-bandar) yang menyahkan aktiviti fizikal daripada kehidupan kita."

Diet yang sihat dan aktiviti fizikal berkala adalah beberapa perkara paling penting yang boleh kita lakukan untuk kesihatan diri sebagai individu.

Tetapi reka bentuk bandar zaman kini telah menghadkan peluang orang ramai untuk lebih aktif, sehingga menyebabkan kesihatan awam tergugat.

Kebanyakan bandar direka untuk kereta, bukan untuk manusia

Tengok ke luar tingkap dan lihat sendiri. Brent Toderian, bekas ketua perancang bandar Vancouver berkata, ia adalah masalah besar:

untuk-kereta
Youtube

Toderian berkata reka bentuk yang memudahkan orang ramai bergerak, dan bukannya kereta; dapat menjadikan aktiviti fizikal menjadi lebih semula jadi dalam kehidupan seharian. Banyak bandar besar mula menjadikan sebuah bandar di Amerika Latin sebagai contoh:

Pada tahun 1990-an, Medellín, Colombia, adalah salah satu bandar paling berbahaya di dunia.

Ancaman dadah dan keganasan menjadikan ramai penduduk bandar ini mahu melarikan diri.

medellin
Upworthy

Tetapi sekarang, Medellín dijadikan model sebagai reka bentuk bandar yang kreatif.

Bandar ini terdesak untuk berubah. Mereka mungkin tidak mempunyai banyak sumber kewangan, tetapi dengan beberapa pelaburan infrastruktur yang bijak seperti eskalator luaran, gondola dan tempat berkumpul, Medellín telah berubah menjadi bandar yang selesa untuk diduduki.

eskalator
Youtube
gondola
Youtube

Projek pembinaan eskalator Medellín menelan belanja sebanyak USD$6 juta (RM24 juta) – iaitu jumlah yang sedikit berbanding projek infrastruktur moden yang lain.

Carlos Escobar, seorang arkitek, melihat pembinaan ini bukan setakat dari segi pembangunan infrastruktur.

"Sistem pengangkutan baru di Medellín … bukan setakat solusi fizikal. Ia bukan sekadar tentang pengangkutan. Ia juga adalah alat sosial yang melibatkan seluruh komuniti, yang menghubungkan komuniti dengan seluruh pelusuk bandar ini."

Penduduk Medellín gembira kerana dengan sistem pengangkutan baru – menghubungkan mereka dengan dunia luar – memudahkan mereka untuk pergi bekerja, merangsang ekonomi setempat, merapatkan komuniti DAN mendorong orang ramai untuk menjadi lebih aktif.

Sekiranya anda lebih suka menghabiskan lebih banyak masa dengan komuniti berbanding di dalam kereta, kongsikan catatan ini untuk mencetuskan lebih banyak idea dan imaginasi.

Solusinya ada di luar sana. Dan ianya tidak semahal atau sesusah seperti ramai sangkakan.

Di bawah adalah laporan berita yang dibuat oleh CBC News, Kanada. Untuk tahu lebih lanjut, boleh tonton di bawah:


Kalaulah Malaysia ada bandar begini, tak perlulah kita …

bangun-awal
FreeMalaysiaToday

… untuk mengelakkan tol.

TONTON: Lihat Bagaimana Startup Terbesar CEO Zappos Membina Semula Pinggir Bandar Las Vegas

BACA: Tragedi Nuklear Menjadikan Fukushima Bandar Hantu Di Jepun

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group