Setiap kali Starbucks perkenalkan menu baharu, pasti para peminat jenama minuman tersebut tidak akan lepaskan peluan untuk mencubanya. Kini, Starbucks telah bawa kembali minuman kegemaran ramai iaitu Smoked Butterscotch Latte.

Smoked Butterscotch Latte ini dihasilkan dengan menggunakan campuran espresso, sos smoked butterscotch dan diadun bersama steamed milk. Rasanya yang lemak berkrim, pahit-pahit lembut dan aroma smoked butterscotch itu pasti membangkitkan selera anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Minuman ini boleh dinikmati dengan tiga pilihan cara iaitu sejuk, panas dan juga frappucino. Bukan hanya itu, Starbucks juga memperkenalkan dua menu baharu iaitu Poached Pear Oolong dan Poached Pear Pure Matcha Latte.

Kedua-dua minuman ini mengetengahkan poached pear sebagai bahan utama minuman dan pastinya akan menyegarkan peminumnya. Sebelum terlupa, minuman ini hanya tersedia pada waktu terhad dan selagi stok masih ada.

Tidak hanya itu, Starbucks juga telah melancarkan merchandise bagi tahun 2022 sempena Tahun Harimau. Rekaan bagi koleksi kali ini lebih bold dan fierce kerana membawa elemen harimau.

Bagi anda yang gemar kumpul merchandise Starbucks, bolehlah dapatkan koleksi kali ini di kesemua cawangan Starbucks terdekat anda. Tunggu apa lagi?

Tahukah anda kenapa barista Starbucks sengaja eja nama anda dengan salah? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mengapa Barista Starbucks Kerap ‘Tersalah’ Eja Nama Pada Cawan Pelanggan

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Bagaimana Starbucks Bermula, Kisah Menarik Sebelum Francais Ini Berkembang Ke Seluruh Dunia