Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza hari ini tampil membuat kejutan membongkarkan maksud tersirat di sebalik lagu terbarunya, Tujuh Nasihat melalui laman Instagram rasminya.

Lagu terbaru nyanyiannya itu bersama rapper Kmy Kmo dan Luca Sikta sebelum ini menjadi tumpuan setelah ia dimuat naik kembali oleh individu tidak bertanggung jawab di channel-channel YouTube persendirian tidak sampai 24 jam ia dikeluarkan oleh pihak Dato’ Siti Nurhaliza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kiriman Instagram yang mengandungi sembilan keping gambar yang membentuk poster single tersebut dalam bentuk collage itu dibuat pada tengahari Jumaat dan menjelaskan maksud di sebalik lirik lagu tersebut.

photo_2020-02-21_12-52-35
ctdk Intsagram

Selain menjelaskan maksud lagu tersebut yang dimulakan dengan nasihat dalam membimbing anak-anak, kiriman tersebut turut menjelaskan penggunaan perkataan kata seperti gusar, tersalah, masalah, dan endah-tak-endah yang menurut kiriman tersebut menggambarkan perasaan yang bercampur-baur dalam membesarkan anak-anak.

Manakala penggunaan elemen pujangga nusantara dan eleman alam seperti anak pipit dan harimau juga turut dijelaskan dalam kiriman tersebut bersama-sama dengan maksud lirik yang mungkin tidak difahami pendengar sebelum ini.

Pesanan-pesanan yang dinyanyikan dalam lagu tersebut seperti penggunaan frasa ‘asal usul kami’, ‘sisipan arus perdana’ dan penggunaan nombor tujuh dalam judul lagu tersebut juga turut dijelaskan.

Jika anda masih belum mendengar lagu terbaru nyanyian penyanyi nombor satu negara bersama dengan dua rapper meningkat naik ini, nantikan versi rasmi lagu ini yang akan dikeluarkan di YouTube.

Lagu terbaru Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini bagaimanapun menjadi tumpuan kerana ia dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab ke channel YouTube persendirian mereka, sehingga beliau terpaksa mengeluarkan amaran kepada mereka yang berbuat demikian.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tidak Sampai 24 Jam Dilancarkan, Dato’ Siti Nurhaliza Kecewa Karya Barunya Tertiris Di YouTube

Netizen Luah Kekecewaan ‘Comeback’ Dato’ Siti Di AJL Terpalit Kesilapan Teknikal