Nampaknya konflik Guardians Of The Galaxy (GOTG) semakin menebal. Pelakon watak Drax the Destroyer, Dave Bautista menjawab di Twitter berkenaan pemecatan pengarah filem GOTG, James Gunn.

Beliau berkata sekiranya jalan cerita asal tidak digunakan, Dave mahu beliau ‘dilepaskan’ dan kemungkinan besar tidak akan bersama pelakon GOTG yang lain. Sebolehnya beliau mahu James kembali ke kerusi pengarah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dave adalah pelakon GOTG paling banyak bersuara berkenaan kes pemecatan James Gunn ini. Minggu lalu, pelakon-pelakon GOTG telah melancarkan petisyen supaya Disney dan Marvel Studios menukar fikiran dan mengembalikan James di kerusi pengarah.

Peminat berpendapat watak Drax the Destroyer ini tidak begitu penting dalam Marvel Cinematic Universe dan Dave secara mudah boleh disingkirkan daripada memegang watak tersebut. Tetapi jika Peter Quill yang bersuara seperti Dave, mungkin Marvel akan menimbang kembali keputusan mereka.