Kesesakan lalu lintas pada hari ini sangat membimbangkan sehingga boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti kehidupan seseorang apabila satu kajian mendapati pengguna jalan raya memperuntukkan sekurang-kurangnya 44 jam sebulan di dalam kenderaan akibat masalah tersebut.

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperbanyakkan pelaksanaan laluan kontra atau tidal flow di beberapa jalan utama di ibu negara pada waktu puncak dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata antara jalan yang dikenal pasti adalah Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Jalan Cheras, Jalan Istana serta kawasan Bulatan Pahang.

“Kita akan lihat lebih terperinci berkenaan pelaksanaan tidal flow di laluan Lebuhraya Seremban-KL bagi membantu penyuraian trafik masuk dan keluar dari pusat bandar ketika waktu puncak.

Tidal flow sedia ada di Jalan Cheras sepanjang empat kilometer (km) dipanjangkan kepada 8km iaitu sehingga ke Jalan Maharajalela,” katanya pada sidang media.

Tambah beliau lagi inisiatif itu antara penyelesaian jangka sederhana yang diputuskan dalam jawatankuasa khas bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota. DBKL turut mengenal pasti 13 lokasi jalan utama yang berlaku kesesakan di ibu negara antaranya Jalan Kuching, Jalan Yew, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.

Terdapat penambahan lorong di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) secara kekal berhampiran kawasan Bandar Tasik Selatan berkuat kuasa serta-merta sebagai kaedah dan tindakan penyuraian kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, lapor Berita Harian.

Baca lebih lanjut hasil kajian lebih terperinci bagaimana pekerja di kawasan Lembah Klang terpaksa kerugian sebanyak 44 jam sebulan ekoran kesesakan lalu lintas melalui pautan di bawah.

Angkara Kesesakan Lalu Lintas Yang Serius, Pekerja Lembah Klang Terpaksa ‘Rugi’ 44 Jam Sebulan

Isu Kesesakan Lalu Lintas, JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL Ketika ‘Peak Hour’

Larangan Kenderaan Berat Masuk Kawasan Bandar Pada Dua Waktu Puncak Berkuatkuasa Serta-Merta

Sumber