Ramai yang mengidamkan untuk mendapatkan PlayStation 5 kerana boleh memainkan permainan terkini serta mempunyai prestasi terbaik. Malah, dengan penawaran yang terhad di dalam pasaran pada ketika ini telah menjadikan ia sebagai barang panas yang diburu oleh peminatnya.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook iaitu Prab Laoharojanaph yang berasal dari Thailand ini, beliau berkongsikan tentang tawaran isterinya yang mahu menghadiahkan konsol PS5 sekiranya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Prab Laoharojanaphan

Tawaran hadiah yang lumayan yang ditawarkan sudah pasti menjadi dorongan kuat buat suaminya dalam mendapatkan konsol tersebut. Beliau pun menyahut cabaran tersebut dan berjaya memenuhi permintaan isterinya dalam masa empat bulan sahaja.

Beliau juga berjenaka dengan memuat naik gambar selepas berjaya menurunkan berat badan bersama gambar PS5 beliau. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada beliau kerana sangat komited dalam menyahut cabaran isterinya.

Setakat ini, masih belum diketahui sama ada beliau sudah menerima hadiah tersebut atau sebaliknya memandangkan konsol tersebut bukan suatu yang mudah untuk didapatkan. Konklusinya, beliau bukan sahaja berkemungkinan menerima konsol yang diminati malahan dapat tubuh badan yang ideal.