Sejak mulai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada Februari lalu, dapat dilihat ini program ini berjaya menjemput orang ramai untuk sama-sama memutuskan penularan wabak COVID-19 dengan mendapatkan vaksin. Program yang diperkenalkan ini turut ditawarkan buat individu yang bukan warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila dilaporkan seorang wanita warga Indonesia di Jeli, Kelantan didapati menggunakan kad pengenalan milik wanita warga tempatan semata-mata untuk mendapatkan vaksin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Bagaimana kes penggunaan kad pengenalan individu lain terbongkar
61587282633_MyKad
Gambar sekadar hiasan. Sumber: astro awani

Difahamkan kes ini terbongkar apabila Nor Athirah yang berasal dari Perak dimaklumkan sudah berjaya mendapatkan dua dos suntikan Sinovac melalui aplikasi MySejahtera pada 7 Julai lalu.

Beliau yang pelik dengan kemas kini yang diterima tampil membuat laporan polis memandangkan beliau masih belum menerima sebarang suntikan vaksin pada ketika itu.

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen nampaknya pelik bagaimana warga Indonesia ini berjaya mendapatkan keterangan penuh kad pengenalan Nor Athirah sehingga berjaya mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin menggunakan kad pengenalan berbanding penggunaan passport.

Screen Shot 2021-07-18 at 4.22.07 PM
Sumber: facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-07-18 at 4.22.23 PM
Sumber: facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-07-18 at 4.55.44 PM
Sumber: facebook Harian Metro
Suami membayar denda, isteri dipenjara

2835744592

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed telah menjatuhkan hukuman kepada Yanik Setia Pratiwi selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan individu lain di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pada 13 Jun dan 4 Julai lepas.

Berdasarkan pertuduhan yang dikenakan, Yanik didakwa atas dua pertuduhan iaitu menggunakan kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki untuk mendapatkan dua suntikan vaksin mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(c) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan di mana Yanik gagal membayar denda tersebut.

Suaminya Amiruzaman Ab Rahmad yang merupakan warga tempatan turut didenda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan isterinya melakukan perbuatan itu di tempat dan masa sama. Walau bagaimanapun, suaminya berjaya menjelaskan denda yang dikenakan.

Dilaporkan sewaktu rayuan, pasangan yang diwakili peguam Asmadi Abu Bakar memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman denda paling minimum tanpa pemenjaraan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar memberi pengajaran kepada mereka dan orang awam.

Kerajaan Kelantan akui hairan dengan peningkatan jumlah kemasukan kenderaan yang memasuki negeri tersebut beberapa hari sebelum Aidiladha.

Kerajaan Kelantan Hairan Dengan Peningkatan Jumlah Kemasukan Kenderaan Sempena Aidiladha

Selamatkan Keluarga Daripada Lemas, Kumpulan ‘Rider’ GrabFood Ini Berjaya Raih Pujian Netizen