Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sahaja yang tidak berasa kecewa setelah putus cinta dengan kekasih masing-masing. Malah, disebabkan putus cinta, terdapat individu yang berdendam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat kehidupan bekas kekasih mereka ditimbuni dengan pelbagai masalah.

Baru-baru ini, seorang wanita di Zhejiang, China dikenali sebagai Lou dan beberapa lagi rakannya telah bersubahat untuk menjatuhkan bekas teman lelakinya. Difahamkan bahawa Lou telah meminta rakan lelakinya, Chen menyewa kereta bekas teman lelakinya, Qian melalui urusan dalam aplikasi sewa kenderaan.

Sakit hati dan dendam Lou terhadap bekas teman lelakinya begitu mendalam sehinggakan beliau sanggup menyuruh rakan-rakannya memandu kereta bekas teman lelakinya dan melakukan pelbagai kesalahan trafik termasuk melanggar 49 lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dalam masa dua hari.

Disebabkan tindakan ini, bekas teman lelaki Lou terpaksa menanggung kerugian yang melampau setelah menerima puluhan saman trafik. Menurut laporan Global Times, Lou bertindak sedemikian kerana ingin membalas dendam selepas kecewa dengan teman lelakinya yang memutuskan hubungan mereka setelah beberapa tahun bercinta dan keluar dating dengan wanita lain.

Dalam pada itu, rancangan Lou untuk menjatuhkan bekas teman lelakinya dikatakan gagal selepas ‘kantoi’ dengan pihak polis. Berdasarkan laporan, pihak polis berjaya menahan salah seorang rakannya yang dikenali sebagai Zhu susulan rekod kesalahan trafik yang dilakukannya semasa memandu kereta bekas teman lelaki Lou.

Susulan itu, Lou dan beberapa orang lagi rakannya yang bersubahat dalam kes ini ditahan polis selepas didakwa kerana sengaja menyebabkan bekas teman lelakinya, Qian dibebani dengan puluhan saman kesalahan trafik.

Celoteh wanita ini ketika rakam insiden Myvi Langgar Myvi buat netizen terhibur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Wanita Dibuang Kerja Selepas Muka Keluar TV Raikan Jaringan England

Polis Tahan Lima Wanita Indonesia Yang Disyaki ‘Bersantai’ Di Luar Balkoni

Anda Mungkin Suka