Sekarang ini Gen Y antara yang paling ramai berada di alam akademik, di dalam atau di luar negara. Ramai nampak macam seronok belajar di luar negara sebab boleh berjalan-jalan, duit banyak, balik nanti dianggap pandai, confirm dapat kerja dan lain-lain.

Tetapi tak ramai tahu kisah duka di sebalik pengalaman itu. Tak ramai tahu kes depression dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara agak tinggi.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Ketika zaman sekolah dahulu, apabila ada senior datang buat sharing mengenai belajar oversea, semua teruja. Semua nampak yang manis, tetapi belum pernah lagi senior yang akan bercerita mengenai kisah hitam di sebaliknya, terutama kes kemurungan dalam kalangan pelajar di sana.

Kali ini, saya mahu jadi senior itu. Saya mahu ceritakan kepada anda, bahawa hidup di sana bukan semuanya indah. Malah, semua hidup pun begitu. Tetapi kita biasanya nampak yang best je, kita nampak yang seronok, yang manis, sedangkan kepenatan di sebalik itu, dirahsiakan.

Sepanjang pengalaman saya belajar di UK, sudah beberapa kali saya menerima mesej mengenai kes depression dalam kalangan pelajar di sana.

Ada yang hanya seasonal depression (winter), ada yang hilang dari radar secara tiba-tiba, ada yang sudah menjadi pesakit di hospital kerana depression dan mengambil anti depressant (tanpa pengetahuan kawan-kawan dan keluarga di Malaysia). Malah ada yang sudah mencapai tahap mahu bunuh diri!

Bukan mudah untuk berada di tempat orang, jauh daripada keluarga, jauh daripada suasana Islam, jauh daripada kebiasaan.

Ya, memang nampak style bila post gambar selfie bersama kawan-kawan local. Nampak yang kita ini belajar oversea, tetapi tak siapa yang nampak apa yang berada dalam hati.

Jauh di sudut hati, kemurungan itu muncul. Muncul dalam diam, tanpa disedari, dan lebih menyedihkan, apabila sudah terjadi, si penghidap menjadi buntu, tak tahu apa yang patut dibuat.

Jangan main-main dengan kes depression. If you never experience it, you shall not talk about how you understand it.

That pitch-black feeling when you have fallen into a bottomless pit, that suicidal thought you get frequently without any reason, that burst of tears happened whenever you’re alone from your friends.

Sewajarnya tuiada siapa patut lalui keadaan ini. Tapi malangnya ia terpaksa dilalui oleh individu tertentu. Di sini saya nak ingatkan, kita hanya nampak 10% je dari personaliti satu-satu individu. Hakikatnya 90% tersembunyi daripada dunia nyata dan tak dapat dilihat.

Menjadi Gen Y Profesional perlu ambil kira faktor psikologi, sosial dan profession. Sudah tentu, faktor pertama itu yang sedang disebut dalam artikel ini.

Harapnya semua tak salah faham dan menganggap depression itu sebagai sesuatu yang berlaku pada diri disebabkan assignment, presentation dan lain-lain. Itu namanya stress.

Depression ialah satu keadaan kesihatan mental secara klinikal, yang berlaku sebab ketidakseimbangan kimia di otak seseorang manusia (panjang lagi penjelasannya).

Please understand the difference. Depression is not simply happen to someone, and say, “Oh selama ini aku depression rupanya.” Malah, nak cure pun bukan macam makan panadol. TIDAK. It is never that simple.

Nak faham lebih lanjut mengenai depression, tonton video di bawah.

I had a black dog, his name was depression

Depression is sometimes referred to as the "Black Dog". Just like a real dog, it needs to be embraced, understood, taught new tricks and ultimately brought to heel.If you are in difficulty, never be afraid to ask for help. There is absolutely no shame in doing so.

世界卫生组织发布于 2017年2月23日

 

Baca lagi: ‘Post Travel Depression’, Sisi Gelap Yang Aku Lalui Selepas Berhenti Menjadi Nomad

Artikel di atas disumbangkan oleh Aiman Amri. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka