Kau nak mengembara seluruh dunia? Jadi nomad sebab kau bayangkan betapa bestnya hidup berpindah randah begitu melihat dunia? Tiada komitmen, tiada tanggungjawab perlu kau tanggung, tak perlu bekerja di pejabat, meeting setiap hari, tak perlu terkurung di cubicle office sambil tengok suasana luar membayangkan kau tengah camping entah di mana?

Aku takkan halang kau dari kejar impian kau, tapi biar aku bagitahu kau satu perkara yang orang kadang-kadang terlepas pandang. Apa kau nak buat bila kau balik? Ini bukan tentang adakah kau kena cari kerja, ini tentang how do you cope after coming home when the reality sinked in that you are no longer living in the uncertainty?

Semua orang tahu travel boleh mengubah seseorang. Jangan cakap kau tak berubah langsung sebab hampir pasti memang kau bukan orang yang sama seperti sebelum kau keluar meninggalkan comfort zone lama kau. Pandangan kau berubah, perspektif kau berubah, perangai kau berubah, segalanya berubah.

Kadang-kadang kau jadi rindu dengan diri kau yang dulu, kau terfikir betapa berbezanya kau sekarang dengan kau yang dulu. Macam langit dengan bumi. Ini aku nak kongsikan apa yang aku lalui selepas balik daripada mengembara, lepas berhenti menjadi nomad.

1. Aku balik ke rumah, perabut yang aku beli dulu masih sama, susunan sama, warna sama, bau saja dah berhapak sebab lama ditinggalkan dengan habuk seinci.

Aku kemas dan lap semuanya tapi bila dah bersih berkilat macam dulu, aku tetap rasa asing. Rumah aku bukan syurga aku lagi. Syurga bagi aku sekarang ialah bila aku dikelilingi persekitaran asing. Aku terdiam dan termangu bila tersedar tempat yang pernah menjadi comfort zone aku dulu tak lagi menjadi seperti yang aku inginkan sekarang.

2. Aku balik, jumpa keluarga yang aku rindu sepanjang aku mengembara. Yang aku asyik WhatsApp call, chat, video sepanjang hari update dengan news dan lokasi di mana aku berada sepanjang bermusafir dulu.

Aku peluk mereka menghilangkan kerinduan. Aku bergelak ketawa, makan minum bersama keluarga untuk beberapa hari, paling lama seminggu. Kemudiannya kehidupan orang lain kembali normal. Mereka ada life, tapi life aku bukan lagi di sini.

Aku rasa aku dah tak fit-in dalam keluarga aku sendiri. Sekali lagi aku rasa asing dan aku tak boleh nak terangkan apa aku rasa. Aku rasa something is off  tapi aku tak tahu apa yang off. Kemudian aku malas nak fikir, aku ignore.

3. Aku jumpa kawan-kawan di kafe masa lunch sebab, of course mereka bekerja. Aku tak. Aku ada semua masa dalam dunia ni tapi kawan aku tak. Aku tak boleh berharap semua orang hidup free and easy macam aku. Jadi lebih baik aku lupakan hasrat nak bercerita tentang pengalaman aku yang bermacam-macam sepanjang aku mengembara. Baik aku simpan saja.

Lagipun bila aku berjumpa kawan-kawan, perkara terakhir yang aku nak bercakap ialah tentang travel tales aku sebab it sting straight to my heart. Pedih. Tapi aku tak tunjuk sebab aku sedaya upaya cuba abaikan apa yang aku rasa.

Bila aku balik ke rumah, duduk termenung seorang diri, feeling restless. Aku sedar everything remain the same, yang berubah ialah diri aku. Aku sangka sebelum aku pergi, aku tekan butang pause dalam hidup aku, kemudian keluar berfoya-foya melihat dunia berbulan-bulan, bertahun lamanya, lihat berbagai gelagat manusia, hidup sana sini, makan tidur mandi merata-rata, belajar tentang perkara yang aku tak pernah tahu atau yang aku lihat di TV, di Discovery Channel.

Aku alami exactly apa yang aku pernah tengok di National Geographic. Kemudian aku balik semula ke ibu pertiwi, dan expect untuk unpause life aku, dan teruskan semula hidup yang aku tinggalkan. Jangan jadi naive seperti aku, sebab aku sangat salah. Salah besar berganda-ganda.

Hakikatnya, kehidupan kawan-kawan aku, keluarga, bandar, negara dan semuanya di Malaysia yang pause (terhenti), bukan kehidupan aku. Aku tekan butang play dan semua berjalan semula macam biasa, as if they were frozen in time, they stop living the day I left.

Tapi aku dah evolves to entirely different person, minda aku dah fast forward like 100 years over. Inilah masanya aku terasa hilang sense of belonging. The place that used to be my comfort zone is no longer exactly the same comfort zone.

Aku dah tak fit-in. Persepsi, expectation, goals aku dah tak sama dengan kawan-kawan aku. Aku rasa dah tak relatable dengan keluarga aku sendiri. Aku rasa sangat bersalah disebabkan ada perasaan begini dan untuk melegakan hati sendiri, aku paksa diri aku untuk cuba fit-in dengan semua orang.

4. Aku mula berharap agar dapat balik ke masa lalu. Ke tahun sebelumnya  di masa aku sangat kenal diri sendiri. Di masa keyakinan diri aku masih tinggi. Saat aku tahu apa aku nak buat, apa perlu aku buat, saat di mana aku rasa semua benda di sekeliling aku mudah dan simple.

Lagi aku fikir betapa berbezanya keadaan aku sekarang dengan keadaan aku yang dulu, lagi aku rasa hopeless. Aku benci dengan hidup aku sekarang. Di waktu yang sama pada tahun lepas aku adalah orang lain. Look at how pathetic my life now.

5. Still, aku biarkan sebab aku tak tahu apa nak buat. Aku tak pernah alami keadaan begini. Ada masa aku rasa aku kuat. Aku simpan semua dalam hati. Aku cuba buat macam-macam perkara untuk elakkan segala perasaan yang menghantui diri aku.

Aku pergi hiking, Aku pergi berlari, jogging, gym. Aku buat macam-macam aktiviti lasak. Aku paling happy bila dapat buat aktiviti-aktiviti begini. Orang ingat aku aktif tapi sebenarnya ia cuma distraction untuk buat aku lupa. Seketika.

Aku rasa liberating, lega walaupun ada masa aku blur, tak tahu kenapa aku rasa lega. Badan aku sakit-sakit, kaki aku lenguh berlari berpuluh kilometer, aku rasa fulfilling tapi bila aku balik, aku tak boleh tidur. What is wrong with me.

Aku penat tapi tak boleh tidur? Katil aku sendiri dah tak boleh buat aku tidur lena, jadi mana tempat lagi yang aku ada? Aku lebih rasa selesa bila tidur di tempat asing. Tidur atas lantai di rumah kawan meski hanya beralaskan selimut nipis. Ia buat aku lebih lena dari tidur di katil sendiri.

Tapi, bila aku dikelilingi orang, yang aku fikirkan ialah nak balik rumah, kurung diri dalam bilik dan tidur. Tapi hakikatnya nak tidur pun rasa seksa. Macam buat kerja berat.

Aku cakap kat orang aku tidur, tapi sebenarnya aku terkebil-kebil while my brain forcing me to think and overanalyzing. Aku berharap dapat tidur berpuluh jam, tak perlu bangun sebab it’s the only escape from my own mind.

Bulan pertama aku cuba ignore, bulan kedua aku masih ignore, bulan ketiga aku mula rasa perasaan berat. Macam batu dalam perut tersekat di tekak. Aku cuba cari comfort di bermacam channel.

Bila aku jumpa sesuatu yang buat aku happy, aku hang-on to it sampai aku rasa addicted sebab aku rasa itu sajalah sumber untuk buat rasa hidup. Yang buat aku gelak, yang buat aku happy.

Tapi lama-lama aku sedar itu juga sementara. Sooner or later aku kena confront apa yang aku sedang alami. The thought untuk akhirnya hadapi kenyataan buat aku rasa lost, dan aku sememangnya dah lost jauh sangat.

Aku tak tahu mana nak mula, aku rasa stuck dan kena buat sesuatu untuk sembuhkan depression ini. Finally I have to accept the fact, aku depressed. Kenyataan yang selama ini aku cuba elakkan.

6. Bila orang tanya samada aku ok atau tidak, the only logical answer ialah aku ok. Sebab dengan jawapan itu aku tak perlu terangkan banyak perkara. Ia habis di situ.

Bila tidur tak lagi bagi aku rasa lega, aku beralih kepada makanan. Soon, makanan pun dah tak beri aku kelegaan yang aku nak. Nothing comforts me anymore. Aku tercari-cari tapi tak jumpa apa yang buat aku rasa lega.

Aku cari kawan untuk bercakap, tapi bila aku cuba berkongsi, aku tak tahu bagaimana. End up aku bercakap benda mengarut, cuba buat lawak bodoh. Aku rasa tak ada orang faham apa yang sedang aku lalui. Aku rasa alone and helpless. Dan yang paling aku taknak ialah kalau orang tahu how messy my brain are.

7. Kau tahu tak betapa messed up nya aku? Aku cuba jadi normal. Aku gelak, aku ketawa, aku bergaul, aku berbual, aku berkomunikasi, aku bercampur, aku sayang keluarga aku, aku buat apa yang sepatutnya aku buat. Aku keluar dengan kawan, tiada yang pelik dengan aku.

Semua nampak normal dan kadang-kadang perangai aku jadi tak normal. Tiba-tiba aku cakap dengan kawan aku, aku sayang dia sangat, out of sudden.

Tapi hakikatnya, I’ve never feel it anymore. Aku cuba nak cakap aku sayang just to convince myself that I can still feel some emotions and not hiding anything inside me.

Aku macam zombie. Emotionally distance human being. Aku berlagak gembira tapi sebenarnya I don’t feel anymore. I’m just like dead fish, just go with the flow. I just don’t care anymore. About anything. And I don’t care that I am actually don’t care.

Satu-satunya pilihan yang aku rasa aku ada ialah untuk gambarkan yang aku happy dan okay, sebab lebih mudah untuk pretend than to explain why. Aku jadi award winning actor yang paling hebat berlakon. The good pretender.

8. Kalau kau tanya aku macam mana aku cope, jujurnya aku tak ada coping mechanism yang kukuh. Semuanya trial and error, aku cuba apa saja. I quit Facebook. Aku kurangkan berinteraksi dengan WhatsApp atau mana-mana Messaging Apps. Aku cuba untuk lebih banyak berinteraksi dengan real human.

Aku banyak membaca; buku, e-books, artikel, news, forum, discussion, cakap saja apa, semua aku baca. Aku cuba untuk tidak buat fikiran aku melayang ke tempat lain. Tapi, sangat susah untuk fokus walaupun aku tengah buat aktiviti, membacanya contohnya.

Ada masa-masanya terutama bila aku memaksa diri untuk tidur atau waktu aku bangun dari tidur, perasaan itu akan datang. Paling benci bila aku terjaga di tengah malam. Aku rasa macam aku dah tidur lama, tapi sebenarnya aku baru tidur beberapa jam dan aku akan berjaga sampai pagi. The only thing I can do when that happened is to not let the feeling consume me.

Aku ingat lagi berbual dengan seseorang yang rapat dengan aku sambil tengok drama Melayu, bercakap tentang perkara simple, tentang kucing, jiran sebelah, tentang hidup dan macam-macam.

Semua perbualan ini berlaku di masa yang sama dalam kepala aku tengah berperang dengan diri aku sendiri. But this human interaction with her comforts me in a away I can’t describe. The feeling that I know she is there is enough. They don’t need to do the extra mile, I just needs them to be there while I try to fix myself.

Tapi aku akui, I gain some, I lose some. Along the way sebenarnya, bila aku tak peduli banyak perkara dan jadi seorang yang mementingkan diri, aku bina tembok di sekeliling hingga membuatkan orang lain mula menghindari aku.

Sementara aku cuba cari jalan terbaik untuk diri aku, secara tak langsung aku tolak orang sekitar lebih jauh. Dan aku sedar, some people stay, some don’t. It gives me the hardest blow in the stomach when I realised this.

Aku jadi numb and lost. Tapi lama-lama aku faham, I deserve it. Aku bina dinding, aku asingkan diri aku dari dunia luar, aku menjauhkan diri. Aku takkan dapat jawapan sampai bila-bila.

I kept telling myself, people come and go. If they choose not to be in my life anymore, I’d respect that decision. I will just have to be at peace of not knowing the answer why they choose not to.

9. Yang pasti saat-saat gelap aku takkan berkekalan selamanya. My darkest day will pass. That’s life and I have to let life happened. Aku kena berhenti  membayangkan hidup aku patut jadi seperti ini, seperti itu.

Aku kena berhenti idealising the perfect scenario of how my life should be because that is the recipe for disaster. Make new goals and work towards it. At least itu cara aku and aku buat dalam diam, seperti biasa.

Aku tak ada fix plan sebab aku tak mahu pressure diri aku untuk achieve certain goal at a fix time. Tapi aku tahu apa aku mahu and I will eventually get there. Aku terima keadaan yang kadang-kadang timing is just not right.

Bila sampai masa this whole thing will transpire and at that time everything will finally make sense. Aku masih belajar lagi macam mana nak keluar dari keadaan ini. Baby steps.

To anyone who greatly affected by my behavior, I am truly sorry. Sorry for being a miserable cow, sorry for being a complete arse, sorry for being a selfish bastard who give a damn and not give a damn all at the same time, sorry for being so distant, sorry for the defeaning silence.

Sorry for the fake smile and the fake laugh, sorry for the broken promises and the broken dreams, sorry for the pains I caused you. Sorry for hiding the fact that I am a mess for a long time and never has the gut to admit it.

But I am trying to fix myself now. It may take awhile longer but I will dig myself out from this mess eventually.

Every single atom dalam badan aku kena mutually agreed to let this be on public reading. Aku bukan sejenis manusia yang berkongsi semua yang aku rasa. Aku cuma allow certain people in my life. And this certain people only knew a fraction of what is in my head. That is just who I am.

Memikirkan untuk berkongsi sisi paling gelap dalam otak aku di saat paling gelap dalam hidup aku is too much to handle. These things, these dark thoughts, this secret, this struggle is way too personal to be shared with complete strangers.

Dan mengetahui ada strangers di luar sana yang tahu my darkest secret, is overwhelming. Maybe I should just write it down, burn it and share it only with the Higher Divine.

But I though you should know, yang di sebalik kebebasan dan pengalaman dan keseronokan menjadi seorang pengembara, seorang nomad bertahun-tahun yang kau lihat dan kau baca dalam setiap post yang mereka kongsikan di FB, Instagram, etc etc this is what they will comeback to.

This is where the true challenge is, bukan masa  tengah mengembara tercari-cari tempat untuk tidur. Inilah masanya keberanian dan kekuatan akan di uji.

Itulah sisi gelap dunia pengembara yang tak ramai orang mahu kongsikan. Samada kau terus mengembara atau kau balik semula. Kalau kau ambil keputusan untuk balik, prepare yourself for the constant emotional withdrawal because my friend, the struggle is real. I am not lying.

Peace out.

Baca lagi: 3 Tahun Hidup Sebagai Nomad, Ini 22 Aplikasi Travel Yang Membantu Perjalanan Saya