Filem Spiderman No Way Home telah ditayangkan baru-baru ini dan boleh dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat Marvel di dalam negara dan juga luar negara.

Untuk pengetahuan anda, filem tempatan Prebet Sapu yang turut ditayangkan sama waktu dengan filem baru Spiderman seperti ‘disabotaj’. Akan tetapi, ada pihak yang mendakwa bahawa pawagam tempatan sengaja mengurangkan waktu tayangan filem itu untuk memberikan laluan kepada filem Spiderman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu tersebut mendapat perhatian Amerul Affendi yang merupakan pelakon filem Prebet Sapu itu dan beliau turut berkongsi beberapa tangkap layar penonton yang kecewa apabila tayangan filem dibatalkan oleh pihak pawagam.

Lalu, isu ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan ini bukan pertama kali filem tempatan ‘ditindas’ oleh pawagam tempatan. Malah, para netizen juga berpendapat sewajarnya pihak pawagam tempatan memberikan layanan adil kepada filem tempatan.

Akan tetapi, ada juga netizen yang berpendapat bahawa bukan hanya Prebet Sapu tetapi ada filem lain terkesan apabila filem yang ‘hype’ ditayangkan dan ketika ini Spiderman No Way Home adalah filem yang penonton mahu tonton. Oleh itu, pihak pawagam mahu mengambil untung kerana telah rugi disebabkan pandemik.

Amerul Affendi turut mengatakan mahu Finas mengambil tindakan atas isu ini. Bagi anda yang belum menonton filem Prebet Sapu, bolehlah tunjukkan sokongan kepada filem tempatan dengan menontonnya di pawagam terdekat anda.

Sementara itu, filem Motif juga pernah berdepan dengan isu yang sama sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Netizen Dakwa Pihak Pawagam Tempatan Sabotaj Tayangan Filem Motif

Ibarat Filem Hollywood, Munafik 2 Ditayangkan Setiap 15 Minit Di Pawagam