Nota Editor: Kisah ini adalah dari nukilan Mohd Ameerul Mohammad Redzuwan, seorang yang suka mengembara. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

travel-raya-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cerita Raya Orang Kaki Travel.

Telefon berbunyi. “Hello, ye mak. Sihat Alhamdulillah. Puasa macam biasa”.

“Adik kerja pagi raya. Raya ke 2 sampai raya ke5 pon sama. Syawal 6 tu baru dia start cuti”, mak menambah.

Ting!!! Macam mentol dalam cerita kartun tu tiba-tiba muncul. “Mak, Man pon tak de rasanya Mak. Kita beraya 7 Syawal jelah ye Mak. 7 Syawal baru kita kumpul. Mak jangan sedih-sedih”, aku menambah.

“Kau nak ke mananya Man?” Nada Mak dah lain mcm nak marah dah gaya.

“Adalah. Nanti Man bagitahu. Man nk kerja kejap ye. Petang nanti Man telefon”.
Sepantas kilat aku hentikan perbualan sebelum Mak mengamuk. Biar dia ‘cool‘ nanti pujuk dia balik.

Puasa dah tinggal 5 hari je lagi. Aku belum beli apa pun persiapan raya tahun ni. Macam ni lah majoriti orang Melayu. Bukan semua bergaji besar. Bukan semua boleh ‘shopping’ sebulan sekali.

Jadi bila raya ni lah baru nak berganti mana yang dah lusuh. ‘Shopping’ keperluan 1 tahun sekali. Tu pun ada juga manusia kurang cerdik cakap tak terkesan dek GST dan masih boleh ‘shopping’.

Berita Mak bagi tadi berita gembira. Apa lagi, semua ‘apps‘ tiket kapal terbang yang ada dalam telefon ni, habis aku godek. Mencari-cari tiket percutian termurah untuk raya ni.

travel-raya-4

Lepas sejam aku dapat pun ‘booked‘ tiket ke Paris. Dapat tiket malam terakhir masa orang tengah terawih. ‘Flight’ aku transit di Dubai sebelum terus ke Paris.

Kalau ikut ‘timing’ aku agak-agak jam 8.30 malam raya aku akan berada di Paris. Haaaaa.. Raya tahun ni kat Kota Cinta katanya.

Klik! Bunyi tali keledar keselamatan ‘flight‘ dipasang. 5 minit lagi nk mendarat. Mujur transit Dubai tadi ‘just nice‘ masanya. Pagi tadi sempat dah selfie di Burj Khalifa dan sekitarnya.

Bila ‘post’ gambar tadi pun ramai yang berbulu. Hahahaha.. Seronok betul. Dan sekarang, dah mendarat. ‘Smooth landing’. Aku memang salute pilot-pilot yang boleh ‘land’ dengan rasa gegarannya sangat minimim.

Bukan mudah nak buat benda tu. Pilot-pilot MAS antara yang hebat untuk buat ‘smooth landing’. Otak terus melayang.

Yeah!! Esok. Pagi-pagi Raya aku nk selfie di Eiffel Tower dan post kat FB. Tengahari aku ‘make sure’ akan selfie di Grand Palais, Arc De Triomphe dan Musee de Lourve. Malam post lagi yang ‘street scene‘ pulak.

Kasi hangat dekat dorang semua. Macam-macam bermain dalam benak sambil kaki mula melangkah.

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar… Laaaailaaaa Haillallah Huwallaaaahu Akbar.. Allahuakbar Walillaaaa Hilham….”

Tiba-tiba terdengar bunyi takbir raya. Oh, seorang lelaki arab yang berselisih dengannya guna ‘ringtone’ tu. Dia meneruskan langkahnya lagi. Dalam 20 meter di hadapannya jelas kelihatan sekumpulan anak Melayu menuju ke dalam.

“Selamat hari raya bang”, dia disapa seorang daripada mereka ketika berdepan depan. Kuat ucapan itu diberikan.

travel-raya-6

Yakin betul budak ni tegur aku camtu. Memang muka Melayu habis ke aku ni. Hatinya berdetik. Namun pada masa yang sama mulutnya spontan menjawab dan seraya bertanya kembali “Selamat hari raya. Balik Malaysia ke?”

“Haah bang. Apa dibuat raya sini. Balik kampung lah. Ketupat, lemang, rendang. Macam-macam dah terbayang ni”. Jawab dia sambil tersenyum dan mengangkat tangan tanda beredar. Aku juga membalas lambaiannya.

Hatinya sudah mula merasakan perubahan. Adrenalin seolah meningkat naik. Timbul rasa tidak selesa dalam perut. Kata-kata remaja itu tadi terngiang-ngiang di telinga. Disulami ‘ringtone’ takbir raya melekat bagai gam gajah dibenaknya.

Semakin dia menghampiri keluar pintu utama ‘airport‘, semakin ramai orang berbangsa Arab, Melayu yang mungkin dari Malaysia, Indonesia dan sekitarnya berpusu memasuki ‘airport‘. Dia sedar, dia satu-satunya yang bertentang arah. Dia berbeza dengan mereka.

Keluar dari pintu utama, tangannya diselok ke dalam poket, dicapai telefonnya. Tangannya agak terketar. Mungkin angin malam yang agak sejuk bertiup. Jarinya menekan nekan skrin dan mendail. Telefon ditekap di telinga sambil menundukkan muka. Ton dail berbunyi.

“Assalamualaikum. Hello”. Panggilannya sudah dijawab.

“Waalaikumussalam. Hello. Mak. Man ni. Mak buat apa tu?” Dia bertanya.

“Oh kau ke Man. Mak biasalah tengah kacau kuah kacang yang kau suka tu. Saja Mak masak awal. Simpan. Man sampai mana dah?”

“Man baru sampai Paris Mak. Man minta maaf Mak”.

travel-raya-7

Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Air matanya terus berjuraian. Hatinya penuh rasa kesal.

Saat ini, wajah maknya yang melekat di minda. Selfie yang diimpikan semasa dalam ‘flight’ tadi semuanya sudah tak bererti. Ketupat, lemang, rendang, lontong dan bermacam lagi bermain di fikirannya.

Sayang nasi dah jadi bubur. Berayalah dia sorang-sorang di Kota Cinta. Kota Cinta katanya.

PS: Kalau tak nak jadi macam Man, kalau memang ada peluang balik tu, balik jelah.  Tak payah nak buat magic lah, kelainan ke, tak payah. Nanti malam raya magic tu semua tak nak dah. Nak tengok ibu ayah kita je.

Kadang awal-awal memang tak rasa. Dah mlm raya lain woooo. Sebak woooo. Melayu bangsa manja. Hahahahaha. Tapi apa salahnya manja sebegini. Jangan manja tak bertempat. Dah korang tak reti-reti nak balik kampung ke.

BACA: Isteri Tak Mahu Beraya Lama Di Rumah Mertua, Pandangan Ini Bakal Buat Suami Panas Punggung

BACA juga: Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram