Tak pernah-pernah Vocket buat reviu filem namum demi peminat Shah Rukh Khan dan Kajol, apa yang anda bakal baca ialah spoiler filem paling dinanti-nantikan 2015 oleh peminat filem Bollywood, Dilwale.

Menjadi seorang suami kepada seorang isteri yang pernah belajar di India dan peminat filem Hindustan, sudah semestinya hujung minggu yang lalu kami meluangkan masa menonton Dilwale. In short, kami enjoy tonton Dilwale.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Dilwale adalah tajuk yang dipinjam atau diambil dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai watak utama.

dilwale-review-vocket-2

Pembukaan cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.

Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Ini dapat dilihat apabila Raj menyelamatkan Money Bhai (Johnny Lever) daripada dipukul oleh orang kampung akibat mencuri telefon.

Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta.

dilwale-review-vocket-4

20 minit pertama Dilwale tiada apa yang menarik. Malah saya merasakan sedikit bosan apatah lagi melihat karekter Raj yang tidak berapa jantan. Namun persepsi saya mula berubah apabila masuk babak Raj dan sidekicknya mencari gengster yang memukul adiknya.

Cerita menjadi semakin menarik apabila masuk babak flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju. Potong stim.

Sebagai seorang peminat filem aksi, thriller, dan yang menaikkan adrenalin saya sedikit kecewa apabila babak aksi kejar-mengejar tersebut dipotong dengan aksi romantika. Tapi saya sedar saya sedang menonton filem cinta bukan filem lakonan Jason Statham.

dilwale-review-vocket-1

Sejak terlanggar Meera, Kaali seperti tidak dapat lupakan Meera dan bermula lah kisah mengorat Kaali untuk menawan hati Meera. Antara babak menarik Kaali mengorat Meera yang saya tak dapat lupakan ialah ketika Meera meminta pertolongan Kaali untuk menyelamatkannya daripada gangguan lelaki-lelaki tempatan yang selalu mengganggunya.

dilwale-review-vocket-8

Babak lain ialah ketika Meera hanya memberi 5 minit saja untuk Kaali dating dengan beliau. Babak ini bagi saya memang genius, kelakar dan romantik habis. Ditambah dengan suasana bandar Bulgaria yang cantik. Terasa macam nak tempah tiket penerbangan ke Bulgaria masa tu.

Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty pandai dalam membuat twist apabila Meera sebenarnya ialah anak kepada musuh Kaali apabila Meera dilihat turun dari Hummer kuning bak seorang Kak Long kawasan selepas aksi tembak menembak yang menyaksikan kereta Kaali terbabas. Seperti dijangka Meera tidak meneruskan niat membunuh Kaali walaupun sudah mengacukan pistol ke arah Kaali apabila melepaskan Kaali yang ketika itu helpless.

dilwale-review-vocket-3

Fast Forward selepas 15 tahun, mereka dipertemukan semula menerusi adik masing masing Veer dan Ishita. Memori dan dendam lama mereka menjadi penghalang untuk Veer dan Ishita meneruskan perkahwinan. Pada masa yang sama Veer dan Ishita cuba merungkai kisah lama abang dan kakak mereka. Namum sampai ke penamat cerita Veer dan Ishita masih tidak tahu yang abang dan kakaknya bekas mafia.

Sepanjang saya menonton filem ini, saya mengharapkan penamat yang lebih dramatik seperti ada pertempuran antara Kaali dan musuh lama mahupun geng dadah di kawasan tempat tinggalnya. Dan, Veer dapat tahu yang abangnya seorang ketua mafia 15 tahun dulu yang selama ini kelihatan seperti seorang alim. Namum semua itu tidak berlaku.

dilwale-review-vocket-6

Untuk lakonan pula, Shah Rukh Khan menampilkan lakonan yang sepatunya sebagai seorang Shah Rukh Khan. Saya rasa peminat-peminat wanita pasti cair melihat renungan mata dan penampilan beliau ketika babak majlis kahwin Sidhu.

dilwale-review-vocket-7

Kajol pula, walaupun sudah berusia masih berupaya membuat orang ramai melting. Bukan saja dari segi rupa paras bahkan lakonannya masih mantap walaupun ringkas dan tidak nampak berat.

Sinematografi dan babak di Bulgaria sangat mengasyikkan. Lagu-lagu yang dimainkan pula just nice. Cuma satu lagu saja yang masih bermain dalam kepala saya sehingga kini iaitu Janam Janam.

Secara keseluruhan Dilwale ialah filem yang seronok untuk ditonton walaupun jalan ceritanya agak dapat dijangka.

Sebenarnya, jika anda peminat tegar filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol tiada sebab anda untuk tidak pergi menonton filem terbaru beliau ini. Berhenti membaca dan terus periksa jadual tayangan di pawagam berhampiran anda, sekarang.

dilwale-review-vocket-5

Saya berani berikan filem ini 7/10 BIJI VOCKET. Di pawagam bermula 17 Disember 2015.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka